JOHOR BAHRU, 6 OKTOBER 2023, JUMAAT – Yang Berbahagia Datuk Roziah Binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Selatan yang berlangsung pada 5 Oktober hingga 8 Oktober 2023 bertempat di Paradigm Mall, Johor Bahru, Johor.
Untuk makluman, penglibatan seramai hampir dua puluh (20) pempamer dalam menjayakan Jelajah Mini KBM 2023 Zon Selatan dan produk produk yang dibawakan merangkumi kepelbagaian produk atau kluster dari keunikan tiga negeri berbeza di Selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia ini menampilkan pemain-pemain industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dipilih untuk memperkenalkan barangan mereka kepada masyarakat setempat.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan termasuklah pameran dan jualan, sesi advokasi dan bermacam-macam aktiviti menarik untuk para pengunjung.
KPDN ingin menyeru agar rakyat Malaysia untuk “Jom Sokong dan Beli” dan menyarankan pengguna supaya dapat membuat pilihan yang lebih tepat dengan membeli serta memilih barangan Malaysia yang sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk-produk luar.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat

BANGI, 5 OKTOBER 2023 – Majlis Jasamu Dikenang telah berjaya diadakan di Hotel Tenera, Bangi bagi meraikan 161 pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang telah bersara bermula Oktober tahun 2020 sehingga Disember 2023. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Roszanina Abd Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) KPDN.
MELAKA, 30 SEPTEMBER 2023 –YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.