BANGI, 6 OGOS 2023, AHAD – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini berkesempatan hadir ke Program Jelajah Jualan Ehsan RAHMAH (JER) peringkat negeri Selangor dan mengadakan sesi walkabout di sekitar Kompleks PKNS Bangi, Selangor.
Program Jualan Ehsan RAHMAH (JER) ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang telah dimeterai pada 31 Mei 2023.
Pelaksanaan program ini telah dilakukan meliputi keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor.Antara barang-barang yang dijual dan ditawarkan di Program Jelajah Jualan Ehsan RAHMAH adalah seperti Ayam Segar, Telur Ayam, Gula dan barangan keperluan asas harian yang lain.
Sempena program pada hari ini, beberapa tawaran menarik disediakan dengan konsep jualan premis terbuka iaitu:
a. Jualan 2,000 ekor ayam standard serta lain-lain barangan asas seperti beras, telur ayam, minyak masak, ikan, gula dan daging sejuk beku;
b. Jualan Happy Hour kepada 100 orang pengunjung terpilih, pada harga RM5.00 untuk seekor ayam standard (terhad kepada maksimum 200 ekor ayam standard sahaja) dan RM5.00 untuk satu 1 beg beras 5kg (terhad kepada maksimum 100 unit beg beras sahaja); dan
c. Jualan barangan keperluan dan penjagaan bayi oleh Pasar Raya Billion di Kompleks PKNS Bangi.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat

TERENGGANU, 5 OGOS 2023, SABTU - Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup turun padang dan melakukan sesi pemantauan ke Syarikat Pembungkusan Minyak Masak Hajah Maimunah di Mengabang, Telipot, Batu Rakit, Terengganu.
BUKIT JALIL, 30 JULAI 2023, AHAD – Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada telah merasmikan Majlis Perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 yang bertemakan “Pengguna Berdaya, Negara RAHMAH Sejahtera” di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
BUKIT JALIL, 30 JULAI 2023, AHAD– Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama-sama Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melepaskan “Flag Off” lori Jualan RAHMAH Bergerak Peringkat Kebangsaan yang diadakan bersempena Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.