MUAR, 27 JUN 2023 – YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Korban RAHMAH bersama Pasaraya Econsave di Econsave Muar, Johor.
Pasaraya Econsave melaksanakan 4 inisiatif dibawah Program RAHMAH yang terdiri daripada Jualan RAHMAH, Jualan Daging RAHMAH Sempena Hari Raya, Harga Borong RAHMAH dan hari ini Korban RAHMAH.
Menurut YB Menteri, Program Korban RAHMAH ini, pihak Econsave menyumbang 200 ekor kambing yang bernilai RM 200 ribu untuk diserahkan kepada Yayasan RAHMAH.
Sehingga kini, Pasaraya Econsave masih menawarkan kempen Jualan RAHMAH yang telah dilancarkan pada 11 Januari 2023. Sehingga kini, lebih 3000 jenis harga barangan telah diturunkan sepanjang Program Jualan RAHMAH diadakan.
Dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk meringankan beban ekonomi dan kos sara hidup rakyat Malaysia, Econsave Cash & Carry memainkan peranannya bagi memastikan pelanggan boleh membeli barangan pada harga yang rendah.
KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia Madani dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.
Tambahnya lagi, KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat

PUTRAJAYA, 27 JUN 2023
PUTRAJAYA, 22 JUN 2023, KHAMIS – YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup hari ini telah melancarkan jenama “Pakej RAHMAH Insurans” dan “Pakej RAHMAH Takaful” yang diadakan semasa Perhimpunan Bulanan KPDN Bulan Jun 2023 di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya.
KUALA LUMPUR, 20 JUN 2023, SELASA- Telah berlangsung Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur dari 20 hingga 22 Jun 2023. MAjlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup .