Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
PROGRAM SINGGAH MADANI@MYDIN

SUBANG JAYA, 27 Mac 2025, KHAMIS - YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah merasmikan Program Singgah MADANI bagi meninjau harga barang sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri di Pasar raya MYDIN USJ.

YAB Perdana Menteri menegaskan tiada masalah kekurangan barang dan pelaksanaan SHMMP ini memastikan harga barangan itu turun, menjadi lebih murah sepanjang tempoh pelaksanaan.

Turut hadir ialah YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Dr. Ameer Ali Mydin.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


PROGRAM GOTONG-ROYONG BUBUR LAMBUK

PUTRAJAYA, 26 Mac 2025, RABU - Sekitar Program Gotong-royong Bubur Lambuk di Perkarangan Taman Mini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Program turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Timbalan Menteri, Dr.Fuziah binti Salleh yang turut membuat agihan bubur kepada para pengunjung Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) dan juga pada anggota KPDN.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


SESI PENYERAHAN SUMBANGAN DANA KORPORAT TNG eWALLET UNTUK MANGSA BANJIR DI JOHOR

PUTRAJAYA, 26 MAC 2025, RABU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menerima sumbangan dana sebanyak RM21,000.00 daripada TNG Digital Sdn. Bhd. Sumbangan diterima melalui YBhg. Dato’ Seri Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN bagi tujuan bantuan pasca banjir di negeri Johor menerusi Program Food Bank Malaysia (PFBM).

Sumbangan ini merupakan hasil kutipan melalui platform Touch ’n Go eWallet bermula 18 Disember 2024, hasil kerjasama strategik antara TNG Digital dan KPDN menerusi Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), sebagai usaha meringankan beban mangsa banjir yang terkesan.

Inisiatif ini turut menyasarkan lebih 28 juta pengguna eWallet di seluruh negara sebagai salah satu bentuk solidariti rakyat Malaysia membantu rakyat Malaysia.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PROGRAM IHYA' RAMADAN 1446H

PUTRAJAYA, 25 MAC 2025 – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyempurnakan majlis Perhimpunan Bulanan & Program Ihya’ Ramadan 1446H bertempat di Dewan Serbaguna, KPDN Putrajaya.

YB Menteri turut menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berupa 34 unit mesin dialisis bernilai RM1.3 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur).

Dalam majlis yang sama, SSM turut menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM15,000 kepada Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan, Surau Al Taqwa dan Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin bagi tujuan menaik taraf infrastruktur dan fasiliti. Selain itu, sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berjumlah RM17,900 turut diberikan kepada 44 penerima dalam kalangan anak-anak warga KPDN yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Turut hadir YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Dato’ Haji Amran Haji Ahmad TKSU PPP, YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pengarah-pengarah bahagian dan agensi serta pegawai-pegawai Kanan Kementerian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive