Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

YB MENTERI SANTUNI MANGSA BANJIR, PJRM MERIAH HINGGA LEWAT MALAM

menupromosi    

YB MENTERI SANTUNI MANGSA BANJIR, PJRM MERIAH HINGGA LEWAT MALAM

MASJID TANAH, 11 Disember 2025 – Sesi turun padang YB Datuk Armizan Mohd Ali ke Melaka diteruskan dengan menghadiri Program Sentuhan Kasih Pasca Banjir dan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah di Pekarangan Masjid Al Wakil Lubok China, Masjid Tanah.

Sebelum program bermula, YB Menteri turut menunaikan solat Isyak berjemaah bersama warga setempat, sekali gus mempereratkan hubungan dengan komuniti tempatan. Usai solat, beliau menyantuni masyarakat melalui penyerahan sumbangan pasca banjir kepada mangsa yang terjejas sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kesejahteraan rakyat.

Turut menyerikan penganjuran malam ini ialah sesi Happy Hour Jualan RAHMAH yang menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga lebih rendah. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban kos sara hidup terutamanya keluarga yang mempunyai anak-anak persekolahan, malah memastikan rakyat terus mendapat akses kepada barangan asas pada harga berpatutan. Jualan RAHMAH terbukti menjadi platform intervensi yang efektif dalam membantu isi rumah mengurus perbelanjaan harian dengan lebih baik.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat