Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS PERUTUSAN KPDN TAHUN 2026

menupromosi    

MAJLIS PERUTUSAN KPDN TAHUN 2026

PUTRAJAYA, 21 JANUARI 2026 (RABU) – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyampaikan ucapan dan amanat kepada warga Kementerian di Majlis Perutusan KPDN Tahun 2026 bertempat di Dewan Serba guna KPDN, Putrajaya.

Dalam ucapannya, YB Menteri menegaskan komitmen KPDN untuk terus memperkukuh usaha pada tahun 2026 dengan mengambil iktibar daripada kejayaan yang diraih sepanjang tahun 2025. Langkah ini bertujuan memastikan kementerian terus memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Hala tuju tahun 2026 diteruskan dengan kesinambungan 4 anjakan fokus 2.0 K.P.D.N. K.I.T.A. dengan 3 indikator memaknai aspirasi rakyat yang merangkumi penterjemahan Blueprints (dasar, pelan strategik, belanjawan) kepada pelaksanaan Footprints (inisiatif, program, penguatkuasaan) dengan pencapaian imprints (petunjuk prestasi, kestabilan harga, penyertaan rakyat). Indikator ini bermatlamat untuk memastikan rencana yang didengar oleh rakyat melalui pelbagai blueprints akan diterjemahkan kepada tindakan footprints seperti inisiatif dan program yang dapat dilihat serta penghasilan imprints yang boleh dirasai secara nyata oleh rakyat.

Di samping itu, KPDN akan terus memperkukuhkan reformasi perundangan dan institusi di bawah bidang kuasa kementerian agar dapat membentuk ekosistem yang lebih mampan buat industri dan pengguna pada masa hadapan.

YB Menteri turut mengingatkan seluruh warga kerja KPDN agar sentiasa berpegang pada integriti dan tatakelola yang telus dalam menyandang amanah rakyat dan negara. KPDN amat mengambil serius terhadap penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dana awam dan keterlibatan aktiviti rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Hadir bersama YB Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri, YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa, ketua-ketua agensi, setiausaha-setiausaha bahagian, pengarah-pengarah KPDN negeri dan pegawai-pegawai kanan kementerian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat