MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI KPDN TAHUN 2026
SUNGAI PETANI, 14 FEBRUARI 2026 (SABTU) - Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI KPDN Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 14 Februari 2026 bertempat di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
Program ini merupakan inisiatif yang digerakkan berlandaskan semangat Malaysia MADANI, dengan matlamat memperkukuh pembangunan kampung serta komuniti luar bandar melalui penglibatan menyeluruh agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat setempat.
Antara kerja-kerja penambahbaikkan yang dijalankan ialah memperbaiki jalan di kawasan kampung, pemasangan 42 buah unit lampu solar, membina pagar di kawasan tanah perkuburan, menaik taraf fasiliti kantin, pemasangan pembesar suara dan penghawa dingin di surau. Sekolah Kebangsaan Tikam Batu turut diberikan tiga (3) buah Smart TV dan penambahan kerusi serta meja bagi keselesaan murid-murid di sekolah.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, YBrs. En Muhammad Nizam bin Jamaludin, Pengarah KPDN Negeri Kedah dan Setiausaha Bahagian dan Pegawai-pegawai Kementerian.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat
