6 LOKASI BRR KELANTAN JADI TUMPUAN PENGUNJUNG SEPANJANG RAMADAN
KELANTAN, 27 FEBRUARI 2026 (JUMAAT) - YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah meluangkan masa turun padang ke Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) di pekarangan MYDIN Mall Tunjong, Kelantan.
YB Timbalan Menteri turut berkesempatan melakukan sesi walkabout Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) ke khemah Ihsan Food Bank (i-FB) dan menyantuni peniaga serta pengunjung.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan terus memperkukuh pelaksanaan BRR sebagai komitmen berterusan membantu rakyat menangani kos sara hidup sepanjang Ramadan.
Sebanyak enam (6) lokasi BRR di Kelantan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan antaranya BRR Mydin Mall Tunjong, BRR Pantai Irama Bachok, BRR Bandar Macang, BRR Dewan Jubli Perak Tanah Merah, BRR Tasek Raja Pasir Mas dan BRR Dewan Pusat Sivik Gua Musang.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat
