Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PENGUKUHAN KAWALAN DAN PEMANTAUAN PENGKALAN MELALUI OPS TIRIS 4.0 (BERSEPADU)

menupromosi    

PENGUKUHAN KAWALAN DAN PEMANTAUAN PENGKALAN MELALUI OPS TIRIS 4.0 (BERSEPADU)

RANTAU PANJANG, 4 APRIL 2026 (SABTU) - YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah turun padang melakukan sesi pemantauan OPS TIRIS 4.0 (Bersepadu) susulan dari krisis tenaga global ekoran konflik Asia Barat di sekitar Rantau Panjang sempena lawatan kerja rasmi di Kelantan pada 4 April 2026.

YB Menteri melakukan tinjauan di laluan yang dikenal pasti sebagai berisiko berlakunya aktiviti penyeludupan di Pengkalan Ajib Tok Deh. Pemeriksaan terhadap pematuhan peraturan yang dikuatkuasakan di bawah KPDN dilaksanakan di dua (2) buah stesen minyak berhampiran sempadan iaitu Petronas dan Caltex, Rantau Panjang, Kelantan. YB Menteri turut menyantuni beberapa pemilik kenderaan tempatan yang sedang mengisi minyak bagi mendapatkan pandangan masyarakat setempat.

KPDN sentiasa menjalankan tinjauan melalui penempatan pegawai penguat kuasa KPDN secara statik untuk membuat pemeriksaan secara berkala dalam mengekang berlakunya ketirisan bahan api bersubsidi RON95 dan diesel melalui OPS TIRIS 4.0 (Bersepadu).

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN dan pegawai- pegawai kanan kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat