Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PEMERIKSAAN PEMATUHAN LARANGAN PENJUALAN DAN PEMBELIAN BARANG KAWALAN (PETROL RON95)

menupromosi    

PEMERIKSAAN PEMATUHAN LARANGAN PENJUALAN DAN PEMBELIAN BARANG KAWALAN (PETROL RON95)

KUALA TERENGGANU, 13 APRIL 2026 (ISNIN) - YB Senator Datuk Dr. Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melakukan sesi pemeriksaan pematuhan larangan penjualan dan pembelian barang kawalan (Petrol RON95) di salah sebuah stesen minyak Petronas di Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Pemeriksaan ini ialah susulan daripada penguatkuasaan perundangan larangan penjualan dan pembelian tersebut yang berkuatkuasa pada 1 April 2026 yang lalu.

KPDN Terengganu memperketatkan pemantauan di stesen minyak dengan mengadakan pemeriksaan secara berterusan dan bersasar bagi membendung isu ketirisan subsidi yang berlaku melalui pelaksanaan OPS TIRIS 4.0 (Bersepadu).

Turut hadir bersama ialah Tuan Mohd Mufsi bin Lat, Pengarah KPDN Negeri Terengganu, pegawai- pegawai kanan Kementerian serta beberapa orang wakil daripada syarikat Petronas Dagangan Berhad yang diketuai oleh En. Ali, Ketua Runcit Wilayah Timur.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat