Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SUARA KITA, KUASA KITA: KPDN LAKAR ERA BAHARU PERLINDUNGAN PENGGUNA

menupromosi    

SUARA KITA, KUASA KITA: KPDN LAKAR ERA BAHARU PERLINDUNGAN PENGGUNA

CYBERJAYA, 28 APRIL 2026  (SELASA) – YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-54 serta Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 (DPN 2.0) di Cyber Event Hall, Cyberjaya.

Ketibaan beliau disambut dengan kawalan kehormat barisan penguat kuasa KPDN, diiringi oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Dalam ucapan perasmian, YAB Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa DPN 2.0 merupakan satu kerangka strategik yang selari dengan perubahan semasa, di mana perlindungan pengguna kini tidak lagi terhad kepada aspek harga dan kualiti semata-mata, tetapi turut merangkumi cabaran serta risiko dalam ekosistem digital yang semakin kompleks.

Dasar ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan pengguna yang bermaklumat, cekap dan berdaya tahan dalam menghadapi landskap pasaran moden.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota penguat kuasa KPDN atas komitmen dan dedikasi berterusan dalam memastikan kestabilan pasaran domestik serta melindungi hak-hak pengguna.

Majlis ini turut menyaksikan pelancaran rasmi Skuad 72, sebuah pasukan taktikal khas elit di bawah Bahagian Penguat Kuasa KPDN, bersempena Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-54.

Suasana majlis diserikan dengan persembahan khas oleh Sterk Production yang menyampaikan lagu tema DPN 2.0, “Aktivisme Pengguna: Suara Kita, Kuasa Kita”, sekali gus menyemarakkan semangat tema tahun ini.

Turut hadir, YB Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YBhg Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN serta pegawai- pegawai kanan Kementerian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat