MAJLIS PERASMIAN INSPIRASI BELI BARANGAN MALAYSIA SABAH 2026
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneruskan usaha memperkukuh jenama tempatan menerusi penganjuran Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia di Negeri Sabah 2026 yang telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 16 Mei 2026.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dalam suasana penuh meriah serta mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat dan para pengusaha tempatan.
Program ini merupakan salah satu platform KPDN bagi memperluas agenda pemerkasaan produk dan perkhidmatan tempatan menerusi pendekatan yang lebih moden, inklusif dan dekat dengan rakyat. Inisiatif ini juga selari dengan transformasi Kempen Beli Barangan Malaysia yang telah diperkenalkan sejak tahun 1984 dan terus diperkukuh bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan menyokong produk buatan Malaysia.
YAB Ketua Menteri sebelum itu turut berkesempatan menyampaikan Bakul RAHMAH kepada penerima terpilih serta mengumumkan sesi Happy Hour bagi Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM). Beliau juga turut mengadakan sesi walkabout di reruai jualan Kita Beli Barangan Malaysia, agensi dan rakan strategik.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat
