SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026 BERKUAR KUASA SERENTAK
YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 di Kundasang, Sabah pada 22 Mei 2026.
Menurut beliau, pelaksanaan skim ini bertujuan memastikan kestabilan harga barangan keperluan asas sekali gus ikhtiar kos sara hidup rakyat, khususnya di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menjelang kemuncak sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 berkuat kuasa selama 9 hari bermula 27 Mei hingga 4 Jun 2026 melibatkan keseluruhan 17 barangan meliputi 12 jenis barangan bagi negeri Sabah dan Sarawak serta 11 jenis barangan bagi Wilayah Persekutuan Labuan.
KPDN ingin mengingatkan para peniaga agar sentiasa mematuhi harga yang ditetapkan dan menggunakan label berwarna merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya. Tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
Pelaksanaan inisiatif ini diharap dapat memberi kemeriahan, keceriaan dan kelegaan kepada rakyat dalam membuat persiapan menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Majlis turut dihadiri YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim, Timbalan Ketua Menteri I, merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah serta YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat
