Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

JELAJAH HARTA INTELEK: SABAH TEA BUKTI PRODUK TEMPATAN PREMIUM BERNILAI TINGGI

menupromosi    

JELAJAH HARTA INTELEK: SABAH TEA BUKTI PRODUK TEMPATAN PREMIUM BERNILAI TINGGI

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuat lawatan ke Sabah Tea, Ranau pada 24 Mei 2026 yang merupakan sebahagian daripada Program Jelajah Harta Intelek yang dilaksanakan menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Program Jelajah Harta Intelek ini menampilkan Sabah Tea yang telah memperoleh perlindungan Petunjuk Geografi (GI), sekali gus menjadi antara contoh terawal kejayaan pemanfaatan instrumen harta intelek di Sabah dalam melindungi identiti produk berasaskan asal usul geografi di Malaysia.

YB Menteri telah dibawa secara lebih dekat  bagi melihat proses penghasilan teh tempatan Sabah Tea, termasuk merasai sendiri keenakkan teh premium tempatan.

Seterusnya, YB Menteri memaklumkan bahawa GI merupakan antara instrumen harta intelek paling strategik dalam membangunkan ekonomi berasaskan identiti, reputasi dan keunikan produk tempatan. Menurut beliau, pengiktirafan GI bukan sahaja melindungi nilai warisan sesuatu produk, malah berperanan sebagai mekanisme ekonomi yang mampu memposisikan produk tempatan sebagai produk premium bernilai tinggi di pasaran.

Pengiktirafan GI ini diharap akan terus menjadi pemangkin kepada para pengusaha tempatan lain untuk mendaftarkan serta melindungi harta intelek masing-masing, sekali gus mengangkat martabat produk tempatan ke peringkat yang lebih tinggi dan berdaya saing.

Sesi lawatan ini turut disertai YBrs. Puan Yusnieza Syarmila binti Yusoff, Ketua Pengarah MyIPO dan YBhg Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat