Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

YB MENTERI TINJAU PERSEDIAAN PELAKSANAAN BUDI MADANI DIESEL

menupromosi    

YB MENTERI TINJAU PERSEDIAAN PELAKSANAAN BUDI MADANI DIESEL

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengadakan tinjauan ke Stesen Minyak Shell Presint 18, Putrajaya pada 27 Jun 2026 bagi menilai tahap kesiapsiagaan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang dikuatkuasakan sepenuhnya di seluruh negara pada 1 Julai 2026.

Lawatan ini merupakan susulan kepada tinjauan di Stesen PETRONAS bagi memastikan semua syarikat minyak bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan mekanisme baharu tersebut.

Tinjauan ini memberi tumpuan kepada kestabilan sistem transaksi, proses pengesahan melalui MyKad dan aplikasi digital, kesiapsiagaan petugas, serta kelancaran penyampaian perkhidmatan. Selain itu, pelaksanaan awal di Semenanjung Malaysia bertujuan membolehkan penambahbaikan dilakukan sebelum penguatkuasaan penuh di seluruh negara.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN dan YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN dan pegawai kanan Kementerian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat