Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

YB TIMBALAN MENTERI RASMIKAN KARNIVAL MINI KPDN MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN

menupromosi    

YB TIMBALAN MENTERI RASMIKAN KARNIVAL MINI KPDN MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN

YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Karnival Mini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Dataran Klebang, Melaka dan Tampin Square, Negeri Sembilan pada 28 Jun 2026.

Antara pengisian menarik selain daripada Progam Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) yang sememangnya mendapat tempat di hati rakyat, pelancaran Buku Pengembaraan Kippy bersama Pengguna Cilik adalah salah satu langkah proaktif KPDN Melaka untuk memupuk kesedaran kepenggunaan sejak usia muda agar generasi akan datang lebih bijak membuat pilihan, memahami hak sebagai pengguna serta mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Tidak kurang hebatnya penganjuran karnival di Negeri Sembilan pula menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta menerusi konsep "One-stop Centre" bagi memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan serta maklumat di satu lokasi. Selain itu penyerahan 40 bakul Ihsan Food Bank kepada golongan memerlukan di Tampin turut menjadi perhatian yang dapat membantu meringankan kos sara hidup masyarakat.

Karnival Mini KPDN bukan sekadar medan jualan dan penyampaian perkhidmatan, malah menjadi platform yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi. Daripada membantu meringankan kos sara hidup, mendidik pengguna sejak usia muda hinggalah menyantuni golongan memerlukan, penganjuran ini membuktikan komitmen KPDN dalam memastikan manfaat Kerajaan dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat