Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PERKUKUH EKONOMI DIGITAL DAN SOKONG PRODUK TEMPATAN

menupromosi    

PERKUKUH EKONOMI DIGITAL DAN SOKONG PRODUK TEMPATAN

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Pesta JomLokal 2026: Lokal Jaga Lokal anjuran TikTok Shop di The Campus, Ampang pada 30 Jun 2026. Ini adalah satu simbol komitmen berterusan kerajaan dan sektor swasta dalam memperkasa produk tempatan serta memperkukuh ekosistem perdagangan digital negara.

Program ini menghimpunkan usahawan tempatan, penjual, pencipta kandungan dan rakan strategik industri bagi memperkukuh perniagaan digital serta menggalakkan lebih ramai rakyat menyokong produk buatan Malaysia.

Penganjuran Pesta JomLokal 2026 turut mendukung aspirasi inisiatif JOM MALAYSIA yang telah dilancarkan pada 27 Jun 2026 bagi mengangkat sokongan terhadap produk tempatan sebagai satu gerakan nasional. Kerjasama antara kerajaan, industri, platform digital dan rakyat dijangka mampu memperkukuh ekonomi domestik serta memperluas pasaran produk Malaysia.

YB Menteri turut melancarkan Program Jualan Ihsan RAHMAH, sekali gus menjadikan TikTok Shop sebagai platform e-dagang pertama yang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memperluaskan pelaksanaan konsep Jualan RAHMAH ke platform digital. Menerusi program ini, pengguna berpeluang mendapatkan sebanyak 75 SKU barangan keperluan harian pada harga diskaun dan berpatutan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat