Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDN LANCAR KAMPUNG ANGKAT MADANI KETIGA

menupromosi    

KPDN LANCAR KAMPUNG ANGKAT MADANI KETIGA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan satu lagi program Kampung Angkat MADANI di Kampung Sekalong, Menumbok, Sabah pada 18 Julai 2026 yang merupakan lokasi ketiga di bawah kelolaan KPDN. Sebelum ini, lokasi yang dipilih ialah di Mukim Kaiduan, Papar, Sabah pada 2024 dan Mukim Tikam Batu, Kedah pada 2026.

Pemilihan Kampung Sekalong sebagai Kampung Angkat MADANI ini berdasarkan kriteria yang ditetapkan, antaranya tahap liputan kemudahan asas yang masih berada di bawah 50 peratus. Program ini memperkukuh budaya kepedulian dan rasa kepunyaan terhadap kampung kelahiran masing-masing, di samping membantu meningkatkan potensi kampung serta keupayaan masyarakat setempat.

Sebanyak lima (5) projek fizikal telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dengan sasaran siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026 yang meliputi;

i. Pembinaan dewan serba guna terbuka;

ii. Menaik taraf jalan kampung;

iii. Pembinaan dan pembaikan pembetung;

iv. Pemasangan lampu solar; dan

v. Pembinaan mercu tanda Kampung Sekalong

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup diiringi oleh YB Datuk Limus Jury, ADUN Kuala Penyu dan YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi Bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN serta pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Kerajaan Tempatan.

YB Datuk Armizan dan dif-dif kehormat turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan, menyampaikan hadiah cabutan bertuah dan melancarkan sesi "Happy Hour" sempena Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) yang turut diadakan sempena program pelancaran ini.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat