SERAMAI 100 PENGUSAHA BATIK MUDA DIPILIH SERTAI KLINIK PENGURUSAN HARTA INTELEK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah melancarkan Program “IP Accelerator (IPX) – Evolusi Batik: Memelihara Tradisi, Memperkasa Nilai” yang dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup anjuran MyIPO NextGen dengan kerjasama rakan strategik di Menara MyIPO, Petaling Jaya Sentral pada 21 Julai 2026.
Program ini menghimpunkan lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha batik, artisan, pereka fesyen, mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) serta wakil agensi kerajaan. Seramai 100 pengusaha batik muda telah dipilih menyertai Klinik Pengurusan Harta Intelek anjuran MyIPO dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) bagi memberikan bimbingan berkaitan strategi perlindungan harta intelek, pembangunan portfolio, penjenamaan dan pelesenan.
Program ini turut dihadiri dan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff, Ketua Pengarah MyIPO serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.
TOT DPN 2.0 telah berjaya mencapai objektifnya untuk melahirkan kumpulan jurulatih perintis yang berpengetahuan, berkeyakinan dan berupaya bagi menyampaikan mesej DPN 2.0 secara berkesan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat
