Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDN NEGERI SEMBILAN PERKASA LITERASI KEPENGGUNAAN MELALUI SESI TOWNHALL

menupromosi    

KPDN NEGERI SEMBILAN PERKASA LITERASI KEPENGGUNAAN MELALUI SESI TOWNHALL

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menganjurkan Program TownHall Kepenggunaan bertemakan "Pengguna: Bergunakah Kita?" yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Seremban, Negeri Sembilan pada 24 Julai 2026. Beliau turut tampil sebagai panel utama dalam sesi townhall yang dikendalikan oleh Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Encik Shahriman bin Ramly, selaku moderator.

Seramai 155 orang peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta wakil Gerakan Pengguna Siswa dari seluruh Negeri Sembilan berhimpun dalam program ini.

Program ini bertujuan untuk menyediakan platform dialog dua (2) hala antara Kerajaan dan golongan mahasiswa bagi membincangkan isu-isu kepenggunaan semasa, meningkatkan tahap literasi pengguna, serta memperkukuhkan peranan belia sebagai pengguna yang celik, kritis dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran ekonomi digital dan kos sara hidup.

KPDN akan terus komited memperluas pelaksanaan program advokasi dan literasi kepenggunaan dalam kalangan belia selaras dengan aspirasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan agenda Malaysia MADANI, bagi melahirkan masyarakat yang mampu membuat pilihan secara bijak, memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi nagara yang mampan.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat