Payung RAHMAH
Servis Ihsan MADANI (SIM)
Program Servis Ihsan MADANI (SIM) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH yang bertujuan membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, mengurangkan beban kos sara hidup berkaitan kos penyelenggaraan kenderaan.
Program ini merupakan kerjasama antara KPDN dengan tiga (3) pemain utama industri automotif di Malaysia iaitu:
- PETRONAS Dagangan Berhad melalui Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX).
- Perodua Otomobil Kedua Sdn. Bhd. melalui Servis Ihsan MADANI@Perodua (SIM@Perodua).
- Proton Edar Sdn. Bhd. melalui Servis Ihsan MADANI@Proton (SIM@Proton).
Objektif pelaksanaan Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX) 2026 adalah:
- Memberikan kemudahan kepada pemilik kenderaan mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan asas pada kadar yang lebih berpatutan melalui subsidi kerajaan.
- Memperkukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan dan rakan strategik dalam menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan yang berkualiti.
- Membantu meringankan kos sara hidup rakyat melalui inisiatif bantuan penyelenggaraan kenderaan.
Pelaksanaan Program
- Dilaksanakan pada setiap musim perayaan utama di Malaysia.
- Bermula pada 10 Mac 2026 di 124 pusat servis PETRONAS AutoExpert di seluruh negara.
- Subsidi sebanyak 10% hingga 30% daripada harga pasaran.
- Nilai subsidi maksimum ialah RM70 bagi setiap pengguna.
Waktu Pelaksanaan
| Musim Perayaan | Tempoh |
|---|---|
| Hari Raya Aidilfitri | 10–17 Mac 2026 & 23–31 Mac 2026 |
| Hari Raya Aidiladha | 12–25 Mei 2026 |
| Pesta Kaamatan | 16–29 Mei 2026 |
| Hari Gawai | 18–31 Mei 2026 |
| Hari Kebangsaan | 17–30 Ogos 2026 |
| Hari Malaysia | 2–15 September 2026 |
| Deepavali | 25 Okt–7 Nov 2026 |
| Hari Krismas | 11–24 Dis 2026 |
Pakej Yang Disediakan
- Penukaran minyak jenis Mineral.
- Penukaran minyak jenis Semi Synthetic.
- Penukaran minyak jenis Fully Synthetic.
- Penapis minyak.
- Drain Plug Gasket.
- Pembersihan cermin hadapan.
- Buruh (termasuk SST 8%).
Syarat Layak Mendapat Subsidi
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai Kad Pengenalan Malaysia.
- Mempunyai cukai jalan yang masih sah.
- Kenderaan didaftarkan atas nama individu.
- Kenderaan milik syarikat tidak layak.
- Terhad kepada kenderaan nasional.
