Permohonan Permit Import & Eksport Simen & Klinker
Import Simen KPDN telah mengambil alih portfolio kuasa mentadbir Permit Import bagi produk simen daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkuat kuasa 1 Jun 2017 berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 31 Mac 2017.
Selaras dengan keputusan tersebut, pengimportan simen bermula 1 Jun 2017 memerlukan surat tiada halangan (No Objection Letter-NOL) daripada KPDN dan Certificate of Approval (COA) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Kod penjenisan (HS Code) produk yang terlibat adalah seperti berikut :
Bil
Keterangan Produk
Kod Penjenisan
1
Portland cement
2523.21.00 00
2
Other portland cement of all kinds
2523.29.10 00
2523.29.90 00
3
Aluminious cement
2523.30.00 00
4
Other hydraulic cement
2523.90.00 00
TATACARA PERMOHONAN
1. Permohonan NOL perlu dihantar secara bertulis ke :
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Aras 2 (Menara),No 13, Persiaran Perdana,Presint 2, 62623 Putrajaya, Malaysia;
Atau hubungi Pegawai seperti berikut:
1) Puan Nor Asmah Binti Abdul Rani Udin Tel: 03-8882 6069Emel : asmahraniudin [@]kpdn.gov.my
2) Cik Ayatul Fatehah Binti Razali Tel: 03-8882 6311Emel : ayatul[@]kpdn.gov.my
2. Pemohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti berikut:
Surat permohonan daripada syarikat pengimport menggunakan kepala surat (letterhead) syarikat. Kandungan surat perlu menyatakan tujuan pengimportan, kuantiti, negara yang diimport, jenis simen serta kod tarif (HS code), jumlah yang ingin diimport dalam unit tan metrik dan tarikh jangkaan ketibaan (estimated time of arrival– ETA) produk (templat surat permohonan adalah seperti di Lampiran 1;
Pesanan Tempahan (Purchase Order)/ Sebutharga/ Invois daripada pembekal; dan
Lesen Borong/Runcit atau Permit Barang Kawalan Berjadual yang dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 oleh KPDN.
3. Setelah mendapat NOL dari KPDN, pemohon perlu memohon COA daripada CIDB secara atas talian online menggunakan modul ePermit di laman web newepermit.dagangnet.com;
4. Bagi pemohon baru (kali pertama) yang tidak pernah mempunyai akaun di laman web epermit dagangnet, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu di http://www.dagangnet.com ; Eksport Simen dan Klinker Pada 1 September 2016, KPDN telah mengambil alih portfolio kuasa mentadbir bagi Permit Eksport produk simen dan klinker selaras dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/ Eksport) (Pindaan) 2016. Bermula dari tarikh tersebut Kementerian ini bertanggungjawab untuk memproses permohonan permit eksport simen dan klinker.
Kod penjenisan (HS Code) produk yang terlibat adalah seperti berikut :
Bil
Keterangan Produk
Kod Penjenisan
1
Portland cement
2523.29.90 00
2
Cement clinker
2523.10.10 00
2523.10.90 00
TATACARA PERMOHONAN
Permohonan permit eksport simen dan klinker hendaklah dibuat secara atas talian (online) menggunakan modul ePermit melalui sistem DagangNet;
Bagi pemohon baru (kali pertama) yang tidak pernah mempunyai akaun di laman web ePermit dagangnet, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu di www.dagangnet.com ;
Setelah pendaftaran syarikat diluluskan dan juga bagi pengguna DagangNet sedia ada (yang pernah mendaftar dan menggunakan modul yang dibangunkan oleh DagangNet), permohonan untuk Lesen Eksport Simen dan Klinker bolehlah dibuat secara online menggunakan ID dan kata laluan yang diberikan melalui capaian newepermit.dagangnet.com:
SENARAI SEMAK
Permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti berikut :
BIL
NAMA BORANG/DOKUMEN
1
Senarai Semak Permohonan Eksport Simen dan Klinker
Muat Turun
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Sebarang pertanyaan/ aduan berhubung sistem bolehlah diajukan kepada :
DagangNet Technologies Sdn BhdPusat Perkhidmatan Pelanggan @ Careline,Tower 3, Avenue 5, The Horizon, Bangsar South,No. 8, Jalan Kerinchi,59200 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi : 24 jam (7 hari seminggu) Telefon : 1-300-133-133 (Careline) / 03-2730 0200 (Talian Am) Faks : 03-2713 2990 / 2121 Emel : info[@]dagangnet.com Laman Sesawang : www.dagangnet.com
