KPDN menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.
- Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui sektor pemborongan dan peruncitan, francais, jualan langsung serta sektor hiliran petroleum.
- Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu.
- Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia serta urus niaga jualan langsung.
- Melaksanakan peraturan timbang dan sukat.
- Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan.
- Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik.
- Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.
- Melaksanakan program pendidikan pengguna.
- Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna.
- Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
