Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PERASMIAN PENUTUP PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

menupromosi    

PERASMIAN PENUTUP PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

BANGI, 2 APRIL 2026 (KHAMIS) - YB Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Majlis Penutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Dewan Canselor, Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2 April 2026.

Program yang bertemakan “Dari Kampus ke Dunia Niaga” ini berjaya melibatkan hampir 3,000 orang pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Program ini merupakan salah satu agenda keusahawanan yang perlu terus diperkasa di segenap peringkat, khususnya di institusi pengajian tinggi agar golongan belia lebih bersedia mendepani realiti ekonomi yang semakin mencabar.

Turut hadir YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg.Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat