Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 DAN JASAMU DIKENANG 2026 SERTA DAN AGENSI

menupromosi    

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 DAN JASAMU DIKENANG 2026 SERTA DAN AGENSI

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dan Jasamu Dikenang Tahun 2026 KPDN serta Agensi telah berlangsung di di Hotel Everly Putrajaya pada 7 Mei 2026 yang  disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Majlis penuh bermakna ini merupakan simbol penghargaan tertinggi kementerian kepada warga kerja yang telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan prestasi cemerlang dalam memperkasa agenda perdagangan domestik serta memperkukuh ekosistem perlindungan pengguna yang adil, telus dan berintegriti.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penerima anugerah. Tanpa komitmen dan bantuan seluruh warga kerja KPDN dan Agensi mustahil untuk KPDN mencapai apa jua KPI dan hala tuju yang digariskan.

Tambah beliau lagi, KPDN adalah kementerian yang unik kerana bukan sahaja memperkukuh ekosistem dan memacu pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga melindungi hak kepenggunaan melalui penguatkuasaan. Malah, peranan KPDN sangat rapat dengan masyarakat sehingga memastikan dapur rakyat menyala dan subsidi rakyat dikawal dgn baik.

Tahniah kepada 409 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang terdiri daripada warga KPDN serta agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Syabas juga kepada 77 orang penerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang (SPC) melibatkan Pegawai Pemantau Harga (PPH) dan personel MySTEP atas dedikasi luar biasa serta komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah diberi.

Istimewa kali ini, penghargaan tidak terhingga turut dizahirkan kepada 48 orang pesara KPDN atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga legasi dan sumbangan yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kementerian.

Majlis berprestij ini turut dihadiri oleh YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri KPDN, YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBrs. Tuan Mohammad Sanusi Abdul Karim, Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan), Ketua- Ketua Agensi, para Pengarah Negeri serta pegawai-pegawai kementerian dan agensi.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan serta memberikan perkhidmatan terbaik demi memaknai aspirasi rakyat.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat