Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PELAKSANAAN TRAINING OF TRAINERS DASAR PENGGUNA NEGARA 2.0

menupromosi    

PELAKSANAAN TRAINING OF TRAINERS DASAR PENGGUNA NEGARA 2.0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjurkan Training of Trainers Dasar Pengguna Negara 2.0 (TOT DPN 2.0) pada 18 Jun 2026 (Khamis) di Dewan Serbaguna, KPDN Putrajaya.

TOT DPN 2.0 ini merupakan inisiatif Bahagian Kepenggunaan dan Persaingan (BPS) susulan pelancaran DPN 2.0 pada 28 April 2026 yang lalu. Program ini disertai oleh Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna dan pegawai dari KPDN Negeri yang berperanan sebagai jurulatih serta penyampai utama Dasar Pengguna Negara 2.0 (DPN 2.0) di peringkat negeri.

TOT DPN 2.0 ini bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap hala tuju, teras dan keberhasilan utama dasar tersebut melalui pendekatan latihan yang berstruktur, serta pendedahan kepada kepentingan DPN 2.0 dalam menghadapi cabaran landskap kepenggunaan semasa yang semakin kompleks.

Sepanjang program, peserta mengikuti pelbagai sesi yang merangkumi pemahaman mendalam mengenai DPN 2.0, teknik penyampaian dasar dalam bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat, kaedah ceramah berkesan, simulasi penyampaian serta perancangan tindakan susulan di peringkat negeri. Latihan ini memberi penekanan kepada aspek komunikasi, keyakinan dan keupayaan peserta untuk menterjemahkan kandungan dasar kepada mesej yang lebih dekat dengan realiti pengguna.

TOT DPN 2.0 telah berjaya mencapai objektifnya untuk melahirkan kumpulan jurulatih perintis yang berpengetahuan, berkeyakinan dan berupaya bagi menyampaikan mesej DPN 2.0 secara berkesan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat