
KPDN PERKUKUH AGENDA SELAMATKAN MAKANAN MELALUI KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KFC
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkasa Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) menerusi kerjasama strategik bersama QSR Brands (M) Holdings Bhd melalui projek i-FB@KFC di KFC Bandaran KK Utara, Kota Kinabalu, Sabah pada 7 Jun 2026. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan lebihan makanan yang masih selamat dan berkualiti untuk diagihkan kepada golongan memerlukan
Sebagai permulaan, sebanyak sepuluh (10) cawangan restoran KFC di Sabah terlibat dalam projek ini dengan kerjasama Non-Governmental Organization (NGO) dan institusi yang dikenal pasti bagi menguruskan pengagihan makanan. Program ini selaras dengan objektif i-FB iaitu Santuni Komuniti, Sayangi Alam dan Selamatkan Makanan, selain membantu mengurangkan pembaziran makanan serta membantu menangani kos sara hidup rakyat.
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan projek ini secara lebih sistematik membantu mengurangkan pembaziran makanan, meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan lebihan makanan serta menyemarakkan budaya ihsan dalam membantu golongan rentan. Beliau berharap kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti dapat terus diperkukuh bagi memperluaskan manfaat program kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat
