Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI DI JOHOR

menupromosi    

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI DI JOHOR

YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah turun padang ke Petronas Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, Johor pada 2 Julai 2026 bagi membuat tinjauan terhadap pelaksanaan Budi MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang telah berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.

YB Timbalan Menteri berpeluang melihat sendiri kelancaran proses transaksi pembelian Diesel bersubsidi melalui BUDI Diesel dan menerima maklum balas berkaitan proses permohonan pendaftaran BUDI MADANI Diesel daripada pengusaha stesen minyak serta pemilik kenderaan yang layak menerima subsidi diesel.

Seterusnya, YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa di Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) bertempat di Pangsapuri Kasturi, Bandar Dato’ Onn dengan melakukan sesi walkabout dan membuat jualan “Happy Hour” serta menyantuni para pengunjung yang hadir berbelanja.

Turut hadir bersama ialah YBrs. Puan Lilis Saslinda binti Pornomo, Pengarah KPDN negeri Johor dan pegawai-pegawai Kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat