Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDN TERIMA LAPORAN KAJIAN INDEKS PENDAYAUPAYAAN PENGGUNA (CEI) 2025

menupromosi    

KPDN TERIMA LAPORAN KAJIAN INDEKS PENDAYAUPAYAAN PENGGUNA (CEI) 2025

YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menghadiri Sesi Serahan Laporan Kajian Indeks Pendayaupayaan Pengguna (CEI) 2025 dengan penyampaian laporan oleh Profesor Ir. Dr. Rozita Jailani, Ketua Pegawai Eksekutif UiTM Technoventure Sdn. Bhd. (UTV) pada 22 Julai 2026 di Ibu Pejabat KPDN, Putrajaya.

Kajian yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Siti Zaleha Sahak ini bertujuan menilai dan mengukur tahap pendayaupayaan pengguna Malaysia bagi tahun 2025 melalui tiga (3) domain utama iaitu Literasi Kewangan, Keputusan Pembelian dan Tindakan Pembetulan.

Laporan Kajian Indeks Pendayaupayaan Pengguna (CEI) 2025 ini dilaksanakan sepanjang 14 bulan bermula 7 Mei 2025 sehingga 6 Julai 2026. Ia melibatkan penyertaan pengguna dari seluruh Malaysia sebagai usaha menyediakan dapatan yang komprehensif bagi menyokong penggubalan dasar serta inisiatif pemerkasaan pengguna yang lebih berkesan.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat