IKPM
Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) adalah bentuk pengukuran yang digunakan bagi tujuan perancangan strategik dan pembuatan keputusan berkaitan dengan kesejahteraan warga kerja dalam domain emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan kesejahteraan sosial.
Domain
Penerangan
Emosi Positif
Penilaian terhadap emosi, perasaan dan mood yang positif, elok dan menyenangkan misalnya gembira, ceria dan senang hati.
Emosi Negatif
Penilaian terhadap emosi, perasaan dan mood yang negatif, tidak elok dan tidak menyenangkan misalnya murung, sedih dan bimbang.
Kepuasan Hidup
Penilaian kognitif seseorang terhadap kualiti kehidupannya secara global (global judgements) berdasarkan kriteria atau faktor yang dianggap relevan oleh individu tersebut.
Kefungsian Psikologi
Penilaian terhadap kefungsian psikologi yang digambarkan melalui penerimaan kendiri, berupaya mengurus tanggungjawab harian, mempunyai perhubungan yang positif, ada peningkatan diri, autonomi kendiri dan memiliki makna dan tujuan hidup.
Kesejahteraan Sosial
Penilaian terhadap kefungsian dan reaksi individu dalam konteks sosial yang digambarkan melalui sumbangan sosial, penglibatan dalam komuniti, positif terhadap perkembangan masyarakat, berpandangan baik terhadap orang lain, dan boleh memahami apa yang berlaku dalam masyarakat.
Ia juga digunakan sebagai asas dalam pelaksanaan program pembangunan, pencegahan dan intervensi berdasarkan domain yang dikenalpasti dalam hasil dapatan kajian.