SPAN
Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) adalah bertujuan untuk mendukung hasrat kerajaan dalam memperkukuh perkhidmatan awam bagi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan. Pendekatan ini juga akan melahirkan penjawat awam yang mengutamakan kepentingan perkhidmatan, memantapkan mekanisme tadbir urus organisasi dan seterusnya mengukuhkan pembudayaan nilai di dalam perkhidmatan awam.
Domain
Penerangan
Rekod Amalan Nilai
Bertujuan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang penerapan nilai di organisasi.
Nilai Ideal
Instrumen yang mengukur ideologi individu (warga organisasi) berhubung dengan prinsip atau tingkah laku yang ideal dalam organisasi.
Nilai Peribadi
Instrumen yang mengukur tahap amalan nilai diri individu (warga organisasi).
Nilai Organisasi
Instrumen yang mengukur persepsi individu (warga organisasi) terhadap tingkah laku atau budaya yang mungkin berlaku di dalam organisasi.
Maklum Balas Pelanggan
Instrumen yang mengukur tahap amalan nilai warga organisasi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pelanggan ketika berurusan dengan warga organisasi.