Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Diesel Bersubsidi (Fleet Card)

Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)

SISTEM KAWALAN DIESEL BERSUBSIDI (SKDS)

Permohonan Kelulusan Pembelian Diesel Bersubsidi Menggunakan ‘Multiple Fleetcard’ bagi permohonan baru, tambahan kenderaan dan pertukaran syarikat minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web :

mysubsidi.kpdn.gov.my

JENIS-JENIS KENDERAAN YANG LAYAK MENERIMA SUBSIDI

 SKDS

  1. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan di KPDN.

  2. Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.

  3. Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.

  4. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleetcard tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

    1. Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    2. Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    3. Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    4. Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    5. Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
    6. KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
  5. Permohonan Baru/Tambahan kenderaan/pertukaran syarikat Minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web :-

 

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut :

 Sila hubungi :

MySubsidi Diesel
Tel : 03 8882 6667 / 5893 / 5894 / 5923
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.