Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
Menu

Label Cakera Optik

Penguatkuasaan Label Cakera Optik di Bawah Akta Perihal Dagangan 2011

  1. Tuan punya kandungan; atau
  2. Mana-mana orang yang diberi kebenaran secara bertulis oleh tuan punya kandungan.

  1. Permohonan label cakera optik perlu dibuat secara dalam talian melalui portal Sistem Cakera Optik di sisco.kpdn.gov.my.
  2. Pemohon yang pertama kali mengakses Sistem Cakera Optik perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan label cakera optik.
  3. Pemohon hendaklah menjana Borang ODL-1 di dalam Sistem Cakera Optik dan melengkapkan borang yang dijana untuk dimuatnaik semula.
  4. Setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan berikut:-
    1. Akuan berkanun diperakui oleh hakim, majistret atau Pesuruhjaya Sumpah;
    2. Dokumen pemilikan hak yang berkaitan seperti surat kebenaran atau perjanjian. Salinan perlu diakui sah oleh hakim, majistret atau pesuruhjaya sumpah;
    3. Bukti penempahan atau pembelian cakera optik mengandungi tajuk yang dipohon;
    4. Contoh pembalut; dan
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan:-
      1. Salinan sijil pendaftaran perniagaan atau syarikat atau persatuan
      2. Salinan kad pengenalan bagi permohonan individu
      3. Kelulusan Kementerian Dalam Negeri seperti perakuan A bagi filem, kelulusan tapisan Al-Quran dan mematuhi Garis Panduan yang dikeluarkan

Tiap-tiap orang yang diberikan kelulusan untuk mendapatkan label cakera optik hendaklah menyimpan dan menyelenggara sesuatu rekod yang sewajarnya tentang penggunaan label cakera optik dan maklumat lain dalam Borang ODL-3 dalam Jadual Keempat dan rekod itu hendaklah:

  1. Tersedia pada setiap masa bagi pemeriksaan oleh Pengawal;

  2. Dikemas kini dan dalam keadaan baik dan teratur; dan

  3. Dikemukakan apabila diminta oleh Pengawal.

  1. Permohonan yang lengkap akan diproses dan diluluskan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
  2. Pengawal boleh meluluskan atau menolak permohonan untuk mendapatkan label cakera optiK.
  3. Dalam memberikan kelulusan, Pengawal boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan perlu.

  1. Harga Label Cakera Optik adalah RM 0.163 seunit.
  2. Untuk pembayaran label, pegguna boleh membuat bayaran secara atas talian bagi semua permohonan yang lebih daripada RM 1, manakala bagi permohonan yang kurang dari RM 1, pemohon boleh meneruskan untuk membuat pembayaran melalui kaunter. Pembayaran boleh dibuat atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam bentuk :
    1. Bank Draf
    2. Kiriman Wang
    3. Wang Pos
  3. Pembayaran hanya boleh dibuat setelah permohonan label diluluskan. Pemohon akan menerima emel menyatakan permohonan telah diluluskan dan sedia untuk pembayaran. Pemohon juga boleh memuat turun surat kelulusan apabila permohonan telah diluluskan

Hari

Penghantaran Permohonan

Pengeluaran Dan Pembayaran

Isnin – Khamis

7.30 Pagi– 5.30 Petang

8.00 Pagi – 1.00 Petang

2.00 Petang – 4.30 Petang

Jumaat

7.30 Pagi– 5.30 Petang

8.00 Pagi – 12.15 Tengah Hari

2.45 Petang – 4.30 Petang

Hubungi Kami

Bahagian Penguat Kuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup, Putrajaya

Telefon: 03-8882 6157 / 03-8882 6279
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.