Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
Menu

Perihal Dagangan

Makanan / Barang-barang ditafsirkan sebagai halal apabila:

  1. Tidak mengandungi bahagian daripada binatang terlarang bagi orang Islam atau tidak disembelih;
  2. Tidak mengandungi najis;
  3. Tidak memabukkan;
  4. Tidak mengandungi anggota atau hasilan daripada manusia;
  5. Tidak beracun atau berbahaya kepada manusia;
  6. Peralatan yang tidak dicemari najis; dan
  7. Tidak bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan binatang terlarang atau najis semasa diproses.

Penggunaan perbahasaan yang memperdayakan atau mengelirukan bahawa sesuatu makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam juga merupakan suatu kesalahan. Antara contoh ungkapan yang menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam adalah:

  1. Penggunaan ayat Al-Quran
  2. Kalimah Allah atau Muhammad
  3. Buffet Ramadan / Iftar
  4. Kaligrafi / Khat yang merujuk kepada agama Islam
  5. Bismillahirrahmanirrahim

Penalti

Jika peniaga disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda:

  • Bagi pertubuhan perbadanan: tidak melebihi RM5,000,000.00, kesalahan berikut tidak melebihi RM10,000,000.00.
  • Bagi bukan pertubuhan perbadanan: tidak melebihi RM1,000,000.00 atau penjara tidak lebih 3 tahun, atau kedua-duanya. Bagi kesalahan berikut: tidak melebihi RM5,000,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun, atau kedua-duanya.

Hanya pihak Berkuasa Berwibawa dibenarkan untuk membuat perakuan halal di Malaysia iaitu:

  1. Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM); dan
  2. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN).

Makanan, barangan atau perkhidmatan yang hendak menggunakan perihal halal atau ungkapan perbahasaan halal hendaklah:

  1. Diperakukan sebagai halal oleh JAKIM atau MAIN; dan
  2. Ditanda dengan logo halal yang sah.

Makanan atau barang-barang import yang hendak menggunakan perihal halal atau ungkapan perbahasaan halal hendaklah:

  1. Diperakukan sebagai halal oleh JAKIM atau MAIN; dan
  2. Ditanda dengan logo halal yang sah; atau
  3. Diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM; dan
  4. Ditanda dengan logo badan pensijilan halal tersebut.

Setakat ini, sebanyak 83 badan pensijilan luar negara dari 46 buah negara telah diiktiraf oleh JAKIM (Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan (Pindaan Jadual Kedua) 2023).

Penalti

Jika peniaga disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda:

  • Bagi pertubuhan perbadanan: tidak melebihi RM200,000.00, kesalahan berikut tidak melebihi RM500,000.00.
  • Bagi bukan pertubuhan perbadanan: tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya. Bagi kesalahan berikut: tidak melebihi RM250,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya.

Direktori Halal Malaysia merupakan sumber maklumat bagi mengetahui produk, premis makanan dan perkhidmatan yang dipersijilkan halal. Maklumat merangkumi persijilan halal di Malaysia yang disahkan oleh JAKIM dan JAIN serta maklumat persijilan halal luar negara.

Pautan portal rasmi Halal Malaysia: https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/