BDPS berfungsi untuk mengenal pasti dan memantau isu-isu semasa dalam negara dan di peringkat antarabangsa yang memberi kesan kepada perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
Ia juga bertanggungjawab menilai dan mengkaji dasar-dasar yang bersesuaian mengikut keperluan semasa.
Ia juga bertanggungjawab menilai dan mengkaji dasar-dasar yang bersesuaian mengikut keperluan semasa.
Di peringkat antarabangsa, KPDN bertanggungjawab menyelaras dan menyertai mesyuarat-mesyuarat berkaitan:
- Perjanjian perdagangan bebas.
- Isu-isu mengenai hak harta intelek.
- Dasar persaingan.
- Perdagangan pengedaran.
- Kepenggunaan.
Kerjasama di antara pihak KPDN dan sektor swasta dilaksanakan melalui sesi rundingan mengenai isu-isu berkaitan dengan kepentingan Kementerian serta melalui Majlis Perundingan Tahunan KPDN.
Indeks Harga Pengguna (IHP) ialah petunjuk yang digunakan untuk menunjukkan peratus perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna.
Perubahan harga tersebut diukur dengan membandingkan kos barangan dan perkhidmatan bagi tempoh rujukan yang ditetapkan.
Perubahan harga tersebut diukur dengan membandingkan kos barangan dan perkhidmatan bagi tempoh rujukan yang ditetapkan.
Terdapat 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan utama yang meliputi 512 item, iaitu:
- Makanan dan Minuman Bukan Alkohol
- Minuman Alkohol dan Tembakau
- Pakaian dan Kasut
- Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
- Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah
- Kesihatan
- Pengangkutan
- Komunikasi
- Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan
- Pendidikan
- Restoran dan Hotel
- Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan
Kenyataan ini adalah tidak benar kerana IHP merupakan petunjuk mengenai peningkatan atau penurunan harga barangan dan perkhidmatan secara umum.
Petunjuk ini adalah berasaskan kepada kumpulan barangan dan tidak boleh dibandingkan dengan satu-satu jenis barangan atau sekumpulan barangan sahaja.
Petunjuk ini adalah berasaskan kepada kumpulan barangan dan tidak boleh dibandingkan dengan satu-satu jenis barangan atau sekumpulan barangan sahaja.
Secara umumnya, amalan perdagangan adil merujuk kepada persekitaran perniagaan yang sihat dengan:
- Persaingan yang adil.
- Penetapan harga yang patut bagi barangan dan perkhidmatan.
- Transaksi urus niaga yang beretika.
- Pengurangan eksploitasi perdagangan.
- Penawaran barangan dan perkhidmatan yang berkualiti.
