Pendaftaran PMKS boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Kempen Beli Barangan Malaysia di https://buymalaysian.com.my .
Permohonan perlu disertakan dengan:
Permohonan perlu disertakan dengan:
- Profil syarikat.
- Salinan sijil SSM.
- Salinan sijil berkaitan seperti MESTI, GMP, HACCP dan Sijil Buatan Malaysia (jika ada).
- Gambar bagi setiap Stock Keeping Unit (SKU) produk keluaran syarikat.
Lawatan ke kilang atau syarikat akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu tertakluk kepada kelapangan pegawai kedua-dua pihak, iaitu Kementerian dan syarikat yang mendaftar.
Slip pendaftaran akan diberikan selepas tujuh (7) hari lawatan dibuat sekiranya syarikat didapati memenuhi kriteria sebagai syarikat PMKS tempatan.
Pemilik syarikat juga diwajibkan menghadiri program seminar yang dianjurkan oleh KPDN berkenaan pengenalan kepada insentif atau geran yang ditawarkan kepada usahawan tempatan iaitu “Let's Get Started”.

Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas pendaftaran PMKS.
Definisi PMKS yang digunakan di KPDN adalah seperti berikut:
Keutamaan diberikan kepada PMKS yang berdaftar untuk menyertai program promosi yang dianjurkan oleh KPDN seperti:
- Program Citarasa Malaysia (PCM).
- Program Food Sampling.
- Program Padanan Perniagaan.
- Promosi produk melalui Portal Kempen Beli Barangan Malaysia.
- Penyertaan dalam Pavilion KPDN di karnival-karnival keusahawanan.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran sebagai PMKS KPDN boleh diajukan kepada: Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Aras 5 (Menara) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) No. 13, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya, Malaysia. Tel: 03-8882 5775 / 6399 / 6932 Faks: 03-8882 5826