Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Penandaan Logo Barangan Malaysia

Penandaan Logo Barangan Malaysia merupakan satu bentuk penarafan terhadap barangan atau produk usahawan yang dihasilkan daripada bahan-bahan tempatan. Ia merupakan suatu galakan kepada pengguna untuk mengutamakan produk buatan tempatan berbanding produk import.

Penilaian pengesahan peratusan bahan mentah atau material sesuatu produk (SKU) yang dipohon adalah melalui surat pengesahan daripada badan atau agensi berkepentingan yang berkaitan, tertakluk kepada keperluan dan jenis produk.

Sebagai contoh:
  • Bagi industri makanan dan minuman (F&B), pengesahan perlu diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan keselamatan dan kualiti makanan, laporan kandungan nutrisi serta Halal (sekiranya perlu) daripada JAKIM.
  • Bagi produk elektrik dan elektronik, pengesahan perlu diperoleh daripada Suruhanjaya Tenaga, SIRIM dan agensi berkaitan yang lain.
Kaedah ini mampu mengurangkan karenah birokrasi dan memudahkan urusan pemprosesan.

Walau bagaimanapun, semakan yang lebih mendalam akan dijalankan sekiranya terdapat keraguan terhadap pengesahan yang telah diberikan oleh agensi berkenaan bagi mengelakkan pemalsuan maklumat.

Tiada sebarang yuran atau fi permohonan dikenakan bagi permohonan penandaan Logo Barangan Malaysia.

Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.

Pemohon yang layak memohon adalah terdiri daripada pengilang yang ditakrifkan di bawah Industrial Co-ordination Act 1975 sebagai:
“Means a person who is engaged in any manufacturing activity”.
Penandaan Logo Barangan Malaysia telah didaftarkan sebagai harta intelek Kerajaan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Sehubungan itu, sebarang penggunaan logo tersebut hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Kementerian selaras dengan kehendak Akta Perihal Dagangan 2011.

Kementerian boleh mengambil tindakan undang-undang sivil di Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan Seksyen 39(2)(a), (b) dan (c) Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175].

Di samping itu, Kementerian juga boleh mengambil tindakan undang-undang melalui prosiding pendakwaan jenayah di Mahkamah Sesyen menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730].

Hukuman adalah seperti berikut:
  • Syarikat: Denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM1,000,000 bagi kesalahan kedua atau berikutnya.
  • Individu: Denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama; dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM500,000 serta penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Tempoh sah pemakaian Logo Barangan Malaysia adalah selama 3 tahun.

Kelulusan yang telah tamat tempoh hendaklah mengemukakan permohonan baharu.