Program Menu Rahmah adalah program atau inisiatif baharu KPDN bersama rakan strategik yang terdiri daripada Pengusaha Kedai Makanan (Bermasak) dan Persatuan Pengusaha Restoran dan Gerai Makanan dalam usaha kerajaan membantu dan mengurangkan kos sara hidup terutama golongan miskin tegar dalam kalangan B40.
Pengusaha kedai makanan dan restoran yang menyertai Program Menu Rahmah telah bersetuju menyediakan makanan harian (sama ada makan tengah hari atau makan malam) pada kadar tidak melebihi RM5.00 bagi satu hidangan.
Biasanya hidangan dalam Menu Rahmah ini mengandungi satu sumber protein sama ada ayam atau ikan serta satu jenis sayur.

YA, KPDN bercadang untuk melaksanakan Program Menu Rahmah di seluruh negara secara berperingkat bergantung kepada sambutan daripada pengusaha restoran dan kedai makan.
Kita akan mulakan secara berperingkat bermula dengan pelancaran pada 31 Januari 2023.
Bagi negeri-negeri lain, tarikhnya bergantung kepada hasil libat urus dengan pengusaha kedai makan dan persatuan restoran negeri berkaitan yang akan diadakan secepat mungkin.
Bagi negeri-negeri lain, tarikhnya bergantung kepada hasil libat urus dengan pengusaha kedai makan dan persatuan restoran negeri berkaitan yang akan diadakan secepat mungkin.
Bergantung kepada sambutan dan sokongan pengusaha kedai makan dan persatuan restoran yang akan menyertai.
Menu Rahmah ialah private driven initiatives dengan sokongan KPDN. Tiada jumlah sasaran ditetapkan.
Setakat ini, libat urus telah diadakan antara wakil-wakil persatuan restoran termasuk:
Menu Rahmah ialah private driven initiatives dengan sokongan KPDN. Tiada jumlah sasaran ditetapkan.
Setakat ini, libat urus telah diadakan antara wakil-wakil persatuan restoran termasuk:
- Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)
- Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS)
- Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia
- Malaysia Singapore CoffeeShop Proprietors General Association (MCSPGA)
- Bumiputra Retailers Organization (BRO)
- Malaysia Retail Chain Association (MRCA)
- Malaysia Retailers Association (MRA)
KPDN mengalu-alukan penyertaan pengusaha restoran dan kedai makan di mana sahaja mereka berada kerana PMR merupakan private driven initiatives atau inisiatif yang digerakkan oleh pihak swasta.
Pengusaha yang ingin menyertai PMR digalakkan:
Pengusaha yang ingin menyertai PMR digalakkan:
- Memaklumkan kepada Pengarah KPDN Negeri masing-masing supaya KPDN dapat membantu dari segi promosi serta berkongsi idea pelaksanaan PMR.
- Menentukan menu-menu yang hendak dimasukkan dalam senarai Menu Rahmah.
- Menentukan tempoh pelaksanaan, waktu tawaran (makan tengah hari, makan malam atau kedua-duanya) serta harga bagi setiap menu.
- Menentukan kuantiti hidangan yang hendak ditawarkan bagi setiap waktu.
- Menyediakan penanda (signage) bagi memaklumkan kewujudan Program Menu Rahmah di premis.
- Pengarah KPDN Negeri akan berbincang bagi menentukan tarikh dan masa pelancaran Program Menu Rahmah di premis tersebut.
- Senarai restoran dan kedai makan yang menyertai Program Menu Rahmah akan dimasukkan ke dalam pangkalan data untuk tujuan hebahan kepada orang ramai.