Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Bahagian Audit Dalam

Pendahuluan

Bahagian Audit Dalam (Audit), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah ditubuhkan pada Mac 1992. Bahagian Audit Dalam berperanan sebagai satu fungsi bebas yang memberi kepastian perundingan secara objektif untuk menambah nilai serta mempertingkatkan tahap operasi Kementerian. Pekeliling yang diguna pakai adalah Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1- Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian atau Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkuatkuasa 7 Oktober 2024. Bahagian Audit Dalam merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalam Kementerian yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian.

Visi & Misi

VISI

Menjadikan Bahagian Audit Dalam sebagai penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kementerian.

MISI

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas dengan tujuan menambahbaik proses kerja organisasi.

Objektif

Membantu Kementerian mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dalaman dan tadbir urus.

Fungsi

Tanggungjawab Bahagian Audit Dalam adalah untuk:

  • Melaksanakan audit pengurusan kewangan bagi menentukan ia telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan merangkumi pemeriksaan terhadap:
    1. Kawalan dalaman meliputi kewangan dan operasi;
    2. Rekod kewangan; dan
    3. Sistem.
  • Melaksanakan pengauditan prestasi untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang ditetapkan.
  • Melaksanakan penilaian terhadap pengurusan program/projek/aktiviti termasuk sistem ICT sesebuah Organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.