Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Barang-barang Kawalan

Pengenalan

13 Barang-barang yang diwartakan sebagai barang kawalan di Jadual, Bahagian I, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 (PPKB 1974) dan Jadual Pertama Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 (PPKB (AYAM) 1996) seperti Jadual di bawah:

BARANG-BARANG KAWALAN BERJADUAL

PPKB 1974
1. Tepung Gandum 7. Semua Gred bahan api diesel, dan campuran bahan api diesel dan biobahan api
2. Minyak Tanah 8. Bar Bulat Keluli Lembut
3. Gula 9. Simen
4. Baja 10. Gas Petroleum Cecair (LPG)
5. Minyak Masak 11. Semua jenis roti kecuali lof Perancis dengan beratnya antara 200gram dan 1000gram
6. Petrol, spirit motor dan gasolin motor semua gred 12. Bawang besar, bawang merah dan bawang putih
PPKB (AYAM) 1996
Ayam termasuk anak ayam, ayam hidup, ayam yang disembelih atau mana-mana bahagiannya

Senarai Peraturan/Perintah Yang Berkuatkuasa Dalam Pengurusan Import dan Eksport Barang Kawalan

Bil.Barang KawalanPunca Kuasa
1. Gula

Import

  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Import) 2021
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023

Eksport

  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (pindaan) 2021
  • Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2023
2. Tepung Gandum

Import

  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Import) 2021
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023

Eksport

  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
  • Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2023
3. Simen dan Klinker

Import

  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Import) 2021

Eksport

  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (pindaan) 2021
  • Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2023
4. Pelitup Muka

Eksport

  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2020
  • Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2023
5. Minyak Masak

Eksport

  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
  • Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) (No.2) 2022
  • Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2023

Senarai Harga Barang Kawalan

Bil.Barangan / UnitHarga yang ditetapkan oleh Kerajaan (RM)
1. Gula Putih Bertapis
Kasar / 1kg 2.85
Halus / 1kg 2.95
2. Gas Petroleum Cecair (LPG) / 1kg 1.90
3. Tepung Gandum / 1kg 1.35
4. Minyak Masak
Kampit Plastik / 1kg 2.50
5. Pelitup Muka (Facemask) (terpakai kepada surgical/medical sahaja)
1 lapisan (gelung telinga) / 1 ply (ear loop) 0.07 / unit
2 lapisan (gelung telinga) / 2 ply (ear loop) 0.20 / unit
3 lapisan (gelung telinga/gelung kepala/ikatan pada kepala) / 3 ply (ear loop/head loop/head tie-on) 0.70 / unit
N95 6.00 / unit

Permohonan Lesen Secara Dalam Talian

Berkuat kuasa 20 September 2015, permohonan lesen Barang-Barang Kawalan Berjadual (CSA) perlu dikemukakan secara dalam talian melalui laman web Business Licencing Electronic Support System (BLESS).

BLESS telah dibangunkan melalui fasa iaitu, BLESS 1.0 bermula 20 September 2015 dan fasa kedua BLESS 2.0 yang bermula 1 April 2017. BLESS versi 2.0 telah dilancarkan sepenuhnya pada 31 Disember 2017 dan semua permohonan lesen CSA perlulah dikemukakan ke BLESS 2.0 di pautan https://bless2.bless.gov.my/bless2.

Umumnya, terdapat empat (4) modul permohonan lesen CSA yang dibangunkan dalam sistem BLESS 2.0 iaitu Permohonan Baru; Permohonan Pembaharuan; Permohonan Pindaan (RFC); Permohonan Cetakan Lesen; dan Permohonan Pembatalan Lesen. Permohonan-permohonan lesen yang diterima boleh diproses di Ibu Pejabat KPDN (HQ); KPDN Cawangan Negeri; dan KPDN cawangan seluruh negara mengikut lokasi premis perniagaan. Walau bagaimanapun, kelulusan lesen CSA hanya boleh dilaksanakan di Ibu Pejabat KPDN atau KPDN Negeri sahaja oleh pegawai-pegawai pelesenan yang dilantik oleh KDYMM Yang DiPertuan Agong berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 3, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mendapat penurunan kuasa oleh Pengawal Bekalan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kategori Lesen; Pejabat Pemproses; Kelulusan dan Bayaran Lesen; dan Dokumen Sokongan adalah seperti berikut:

Bil.Nama LesenPejabat Pemproses LesenKelulusan LesenBayaran Lesen
1. Lesen mengilang HQ dan Negeri HQ HQ dan Negeri
2. Lesen borong HQ dan Negeri HQ dan Negeri HQ dan Negeri
3. Lesen runcit HQ dan Negeri HQ dan Negeri HQ dan Negeri
4. Kebenaran menjalankan aktiviti di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA) HQ HQ HQ

Kategori Lesen dan Dokumen Sokongan adalah seperti berikut:

Bil.Kategori Lesen CSADokumen Sokongan yang Diperlukan
1. Lesen Mengilang
  1. Pendaftaran perniagaan / syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Perakuan Pendaftaran Koperasi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) / Dokumen Penubuhan dibawah Akta Parlimen atau Kementerian masing-masing;
  2. Lesen Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis;
  3. Lesen mengilang atau surat pengecualian lesen mengilang daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA);
  4. Permit di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi produk Petroleum; dan
  5. Surat Sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenai kesesuaian tempat perniagaan, stor simpanan dan kuantiti yang dibenarkan dari segi keselamatan bagi produk Petroleum.
2. Lesen Borong
  1. Pendaftaran perniagaan / syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Perakuan Pendaftaran Koperasi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) / Dokumen Penubuhan dibawah Akta Parlimen atau Kementerian masing-masing;
  2. Lesen Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis;
  3. Surat sokongan dari pembekal yang terkini;
  4. Kebenaran di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) daripada KPDN bagi produk Petroleum; dan
  5. Surat Sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenai kesesuaian tempat perniagaan, stor simpanan dan kuantiti yang dibenarkan dari segi keselamatan bagi produk Petroleum.
3. Lesen Runcit
  1. Pendaftaran perniagaan / syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Perakuan Pendaftaran Koperasi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) / Dokumen Penubuhan dibawah Akta Parlimen atau Kementerian masing-masing;
  2. Lesen Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis;
  3. Surat sokongan dari pembekal yang terkini;
  4. Kebenaran di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) daripada KPDN bagi produk Petroleum; dan
  5. Surat Sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenai kesesuaian tempat perniagaan, stor simpanan dan kuantiti yang dibenarkan dari segi keselamatan bagi produk Petroleum.

Pengecualian Lesen dan Kadar Fi Lesen CSA berdasarkan Kategori:

Bil.Barang-Barang Kawalan BerjadualLesen Mengilang (RM50/tahun)Lesen Borong (RM25/tahun)Lesen Runcit (RM10/tahun)
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974
1. Tepung Gandum PERCUMA
2. Minyak Tanah DIKECUALIKAN LESEN
3. Gula PERCUMA
4. Baja DIKECUALIKAN LESEN
5. Minyak Masak PERCUMA
6. Petrol, spirit motor dan gasolin motor semua gred
7. Semua Gred bahan api diesel, dan campuran bahan api diesel dan biobahan api
8. Bar Bulat Keluli Lembut DIKECUALIKAN LESEN
9. Simen DIKECUALIKAN LESEN
10. Gas Petroleum Cecair (LPG)
11. Semua jenis roti kecuali lof Perancis dengan beratnya antara 200gram dan 1000gram DIKECUALIKAN LESEN DIKECUALIKAN LESEN
12. Bawang besar, bawang merah dan bawang putih DIKECUALIKAN LESEN DIKECUALIKAN LESEN
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996
1. Ayam termasuk anak ayam, ayam hidup, ayam yang disembelih atau mana-mana bahagiannya DIKECUALIKAN LESEN

Gula

KPDN telah mengambil alih portfolio pengeluaran permit import dan eksport gula daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) yang bersidang pada 14 Julai 2014.

Gula adalah barangan makanan yang disenaraikan sebagai barang-barang kawalan yang dikenakan larangan ke atasnya bagi aktiviti import dan eksport. Sekiranya terdapat mana-mana syarikat yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti import/eksport, syarikat berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran/permit daripada KPDN.

Bermula pada 2 Februari 2015, KPDN telah memproses sepenuhnya semua permohonan import dan eksport gula yang diklasifikasikan di bawah Kod Sistem Berharmonis (Harmonised System, HS) 1701 dan 1702 sahaja.

Penjualan gula putih bertapis bagi keperluan pengguna domestik dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 bagi memastikan bekalan stabil sepanjang masa. Perintah kawalan harga yang berkuatkuasa pada masa ini adalah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 3) 2018.

Aktiviti import/eksport gula dikategorikan kepada tiga (3), iaitu:

  1. Gula Mentah
    • Gula yang dihasilkan di peringkat awal oleh pengeluar gula dan tidak melibatkan proses penapisan yang berperingkat. Dikategorikan di bawah kod tarif 1701.13.00 00 dan 1701.14.00 00. Aktiviti import dan eksport gula mentah hanya terbuka kepada syarikat yang memiliki lesen mengilang MIDA dan lesen barang-barang berjadual (CSA) bagi aktiviti mengilang dan borong yang dikeluarkan oleh KPDN seperti berikut:
      • Pengeluar Gula Tempatan; dan
      • Pengilang yang menggunakan gula mentah bagi menghasilkan produk keluaran syarikat.
  2. Gula Putih Bertapis
    • Gula yang dihasilkan telah melalui proses penapisan yang berperingkat. Gula putih bertapis yang memenuhi piawaian International Commission for Uniform Methods of Sugar Analysis (ICUMSA) yang diklasifikasikan sebagai ICUMSA 45 RBU. Dikategorikan di bawah kod tarif 1701.99.10 00. Bagi mengimport gula putih bertapis, syarikat perlu memohon kuota kelulusan permit (AP) terlebih dahulu sebelum memohon permit import. Permohonan AP hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada KPDN. Bagi mengeksport gula putih bertapis, kebenaran hanya diberikan kepada pemegang lesen mengilang MIDA dan lesen barang-barang berjadual (CSA) bagi aktiviti mengilang dan borong yang dikeluarkan oleh KPDN.
  3. Lain-lain Gula
    • Semua jenis gula selain daripada gula putih bertapis ICUMSA 45 akan dikategorikan sebagai lain-lain gula. Dikategorikan di bawah kod tarif 17.01 (selain daripada kod 1701.99.10 00) dan 17.02. Contoh: Gula Merah (Jaggery Powder), Gula Perang (Brown Sugar), Gula Organik, Maltodextrin, Dextrose Monohydrate, Sirap gula, Glucose syrup, Gula icing dan lain-lain.

Permohonan permit import / eksport hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui sistem ePermit di pautan: https://newepermit.dagangnet.com.my

Maklumat terperinci berhubung tatacara permohonan kebenaran / permit boleh dirujuk di pautan: Pengurusan Permit Import Dan Eksport Gula

Tepung Gandum

Tepung Gandum Kegunaan Manusia (Edible Wheat Flour)

Tepung yang digunakan untuk pembuatan makanan manusia seperti tepung gandum kegunaan am, tepung roti, tepung kek dan sebagainya. Daripada pelbagai jenis tepung di bawah kategori ini, SIRIM hanya menetapkan standard mandatori bagi lapan (8) jenis tepung seperti yang berikut:

  • Tepung Putih
  • High Protein Flour
  • Protein-Increased Flour
  • Atta Flour
  • Wholemeal Flour
  • Self-Raising Flour
  • Enriched Flour
  • Chlorinated Flour

Tepung Kegunaan Industri (Industri Flour)

Tepung yang digunakan untuk kegunaan industri seperti makanan ternakan dan pembuatan gam.

Kedua-dua jenis tepung ini diklasifikasikan di bawah kod penakrifan yang sama di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 iaitu 1101.00.11 00 dan 1101.00.19 00 (Wheat Flour).

Pengeksportan Tepung Gandum

Pengeksportan tepung gandum hanya terbuka kepada pemegang lesen mengilang dan borong barang-barang berjadual (CSA).

Permohonan boleh dibuat pada pautan https://ectrade.kpdn.gov.my/

Minyak Masak

Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS)

  • COSS mula diperkenalkan pada 1 Jun 2007 di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).
  • Jemaah Menteri pada 21 September 2016 telah bersetuju supaya KPDN dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil alih Program COSS daripada KPPK bermula 1 November 2016.
  • Kuota yang diperuntukkan di bawah Program COSS adalah sebanyak 60,000MT/bulan dan harga jualan runcit minyak masak bersubsidi pek polibeg 1kg ditetapkan pada harga RM2.50/kg.

Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS)

  • Sistem eCOSS adalah merupakan satu sistem pangkalan data berpusat bagi menguruskan permohonan dan kelulusan kuota minyak masak bersubsidi, tuntutan pembayaran subsidi minyak masak kepada pemegang kuota dan pemantauan bekalan serta pengedaran minyak masak bersubsidi daripada kilang penapisan hingga ke peringkat peruncitan di seluruh negara. Sistem ini wajib digunakan oleh peserta-peserta di bawah Program COSS.
  • Sistem eCOSS telah go live secara rasmi mulai 1 Ogos 2022.
  • Sistem eCOSS digunakan secara sepenuhnya di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2023 oleh kilang penapis, syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit yang mempunyai lesen barang kawalan (CSA) minyak masak.

Simen

Pendahuluan

KPDN telah mengambil alih portfolio kuasa mentadbir Permit Import bagi produk simen daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkuatkuasa pada 1 Jun 2017 berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 31 Mac 2017.

Simen adalah barangan yang disenaraikan sebagai barang-barang kawalan yang dikenakan larangan ke atasnya bagi aktiviti import dan eksport simen yang disenaraikan seperti berikut:

Import:

BilKeterangan ProdukKod Penjenisan
1 Simen Portland:
i) Simen Portland putih dari semua jenis 2523.21.00 00
ii) Simen Portland lain (Simen Berwarna) 2523.29.10 00
iii) Lain-lain 2523.29.90 00
2 Simen Alumina 2523.30.00 00
3 Simen hidraulik lain 2523.90.00 00

Eksport:

BilKeterangan ProdukKod Penjenisan
1. Klinker Simen:
i) Klinker Simen (sejenis yang digunakan dalam pengeluaran simen putih) 2523.10.10 00
ii) Lain-lain 2523.10.90 00
2 Simen Portland:
i) Simen putih, sama ada berwarna secara buatan atau tidak 2523.21.00 00
ii) Simen Portland Lain (Simen Berwarna) 2523.29.10 00
iii) Lain-lain 2523.29.90 00

Sekiranya terdapat mana-mana syarikat yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti import/eksport, syarikat berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran (No Objection Letter-NOL) daripada KPDN dan sijil kelulusan (Certificate of Approval-COA) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Permohonan kebenaran import hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui sistem eCTRade di pautan: https://ectrade.kpdn.gov.my/

Permohonan kebenaran eksport hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui sistem ePermit di pautan: https://newepermit.dagangnet.com.my

Maklumat terperinci berhubung tatacara permohonan kebenaran/permit boleh dirujuk di pautan: Permohonan Permit Import & Eksport Simen & Klinker

Pelitup Muka

Pelitup muka diwartakan sebagai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bermula 26 Ogos 2009 bagi memastikan bekalan pelitup muka sentiasa mencukupi di pasaran.

Penjualan pelitup muka dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 bermula 26 Ogos 2009 bagi memastikan harga pelitup muka kekal stabil sepanjang masa. Perintah kawalan harga yang berkuatkuasa pada masa ini adalah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 7) 2020.

Pelitup muka adalah barangan yang disenaraikan sebagai barang-barang kawalan yang dikenakan larangan ke atasnya bagi aktiviti eksport pelitup muka yang disenaraikan seperti berikut:

  1. 1 lapisan (gelung telinga)/1 ply (ear loop);
  2. 2 lapisan (gelung telinga)/2 ply (ear loop);
  3. 3 lapisan (gelung telinga/gelung kepala/ikatan pada kepala)/ 3 ply (ear loop/head loop/head tie-on); dan
  4. N95.

Aktiviti eksport pelitup muka dikategorikan kepada dua (2), iaitu:

a. Komersial

  • pengilang tempatan
  • trader / pengimport

b. Kegunaan peribadi

  • Misi Bantuan Kemanusiaan
  • Individu / Ahli Keluarga
  • Kakitangan Syarikat Cawangan

Sekiranya terdapat mana-mana syarikat yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti eksport, syarikat berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada KPDN.

Permohonan kebenaran eksport hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui sistem eCTRade di pautan: https://ectrade.kpdn.gov.my/

Maklumat terperinci berhubung tatacara permohonan kebenaran eksport boleh dirujuk di pautan: Pengurusan Kebenaran Eksport Topeng Muka

Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak, Labuan (PPHSSL)

Penjelasan Program PPHSSL

Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak, Labuan (PPHSSL) merupakan program penyeragaman harga barang keperluan gula, tepung gandum kegunaan am, minyak masak di Sabah, Sarawak dan Labuan (SSL) supaya menyamai harganya di Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan program tersebut bermula pada bulan Februari 2013.

Objektif kepada pelaksanaan PPHSSL adalah seperti berikut:

  1. Menyeragamkan harga jualan runcit barangan keperluan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak di Sabah, Sarawak dan WP Labuan;
  2. Memastikan bekalan gula, minyak masak dan tepung gandum mencukupi di Sabah, Sarawak dan Labuan; dan
  3. Meringankan kos sara hidup rakyat.