- KETUA SETIAUSAHA
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEPENGGUNAAN DAN PENGURUSAN
Bahagian Harga Barangan Negara
Pengenalan
Bahagian Harga Barangan Negara (BHBN) sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Majlis Harga Barangan Negara. BHBN bertanggungjawab untuk melaksanakan satu (1) fungsi utama iaitu Program Pemantauan Harga.
Objektif
Mengumpul, memantau, menganalisa dan melaporkan pergerakan harga runcit bagi 480 barangan untuk membantu Kerajaan merangka polisi, strategi dan tindakan dalam menstabilkan harga barangan melalui pangkalan data harga Kementerian.
Piagam Pelanggan
Bahagian ini komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan mengikut dua (2) piagam yang ditetapkan iaitu:
- Paparan harga barangan keperluan pengguna yang dikutip secara harian ke Aplikasi PriceCatcher sebelum jam 12.00 tengah hari termasuk hari Sabtu dan Ahad kecuali cuti umum.
- Mengemukakan maklum balas bagi permohonan data harga yang dipohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
