- KETUA SETIAUSAHA
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEPENGGUNAAN DAN PENGURUSAN
Logo Barang Subsidi Dan Logo Barang Kawalan
Latar Belakang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memperkenalkan Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi bermula 1 Julai 2021 dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 14 Julai 2021.
Logo Barang Kawalan diperkenalkan bagi memberi kesedaran kepada pengguna akan hak-hak pengguna ke atas barang kawalan yang dilindungi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]. Selain itu, Logo Barang Subsidi diperkenalkan bagi memberi pendedahan kepada pengguna akan barang subsidi yang disediakan oleh Kerajaan untuk meringankan kos sara hidup. Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi juga akan digunakan pada produk tepung gandum, minyak masak dan gula (produk GMT) serta akan diperluaskan kepada barang kawalan yang lain dari semasa ke semasa.
Garis Panduan Penggunaan Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi
Objektif Garis Panduan adalah untuk:
- Menerangkan dengan lebih terperinci tatacara dan prosedur permohonan penggunaan Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi;
- Menambah baik dan memudahkan proses permohonan logo agar dapat dibuat secara teratur dan tersusun; dan
- Meminimakan sebarang permasalahan berkaitan penandaan Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi.
https://drive.google.com/drive/search?q=logo
Borang Permohonan Penggunaan Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi
- Permohonan Penggunaan Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi melalui borang permohonan secara online di https://kpdn.aidan.work/ms/orang-awam/muat-turun-borang
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - Piagam pelanggan bagi permohonan ini adalah tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan disahkan lengkap.
- Permohonan yang telah mendapat kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel.
- Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada:
| Encik Mohamad Fikri bin Halamin Tel: 03-8882 5919 E-mel: |
Puan Mazanah binti Tahir Tel: 03-8882 5832 E-mel: |
Poster Pada Rak
- Melalui Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 [P.U.(A) 103/1974] (“Peraturan ini”) telah memperuntukkan bahawa semua pengilang, pemborong dan peruncit hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Pengawal di bawah Peraturan ini.
- Melalui Arahan Pengawal Bekalan Bilangan 3 tahun 2022 bertarikh 11 Ogos 2022 menetapkan semua Pemegang Lesen CSA Kategori Runcit bagi produk Gula, Minyak Masak dan Tepung Gandum (GMT) supaya:
- Menyediakan Rak Khas bagi jualan barang kawalan dan subsidi; dan
- Memaparkan Logo dan Poster (bersaiz A4) bagi Barang Kawalan dan Barang Subsidi pada rak khas.
- Poster mengandungi maklumat saluran aduan sekiranya barang kawalan atau barang bersubsidi tiada pada rak yang dikhaskan.
- Penggunaan poster di kuatkuasa bermula 1 Ogos 2022.
https://drive.google.com/drive/folders/1OGJcDRotINiBH-tZxcx4H9OpPvOnPpO4
Logo Barang Kawalan
- Pemakaian Logo Barang Kawalan pada pek pembungkusan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengawal Bekalan.
- Kelulusan lakaran reka bentuk cetakan di pek pembungkusan yang diberikan tidak boleh diubah tanpa kelulusan oleh Pengawal Bekalan;
- Syarikat yang menggunakan Logo Barang Kawalan tidak dibenarkan mengubah atau menukar rupa bentuk dan warna asal Logo Barang Kawalan tanpa kelulusan Pengawal Bekalan;
- Penandaan Logo Barang Kawalan ini tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan. Pihak Kementerian berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pelanggaran bagi mana-mana syarat yang telah ditetapkan kepada individu atau syarikat yang diberi kelulusan; dan
- Sentiasa mengamalkan perniagaan secara berintegriti dan beretika sepanjang pemakaian Logo Barang Kawalan di produk/ premis/ lokasi dan lain-lain bahan cetakan berkaitan.
https://drive.google.com/drive/folders/1hZpAEhetG88ystoh6jwQGKY2osoQW7xo
| BIL | Keterangan | |
|---|---|---|
| 1 | Barang Kawalan Malaysia v2 - Black and White | Muat Turun |
| 2 | Barang Kawalan Malaysia v2 - Color | Muat Turun |
| 3 | Barang Subsidi Malaysia - Black and White | Muat Turun |
| 4 | Barang Subsidi Malaysia - Color | Muat Turun |
| 5 | RUJUKAN INDUSTRI - PUA398_2021 PERATURAN-PERATURAN KAWALAN BEKALAN (PINDAAN) 2021 | Muat Turun |
| 6 | RUJUKAN INDUSTRI - Borang Permohonan Logo Barang Subsidi dan Barang Kawalan | Muat Turun |
| 7 | RUJUKAN INDUSTRI - Penggunaan Logo Barang Kawalan dan Logo Barang Subsidi KPDN | Muat Turun |
Logo Barang Subsidi
- Pemakaian Logo Barang Subsidi pada pek pembungkusan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengawal Bekalan.
- Kelulusan lakaran reka bentuk cetakan di pek pembungkusan yang diberikan tidak boleh diubah tanpa kelulusan oleh Pengawal Bekalan;
- Syarikat yang menggunakan Logo Barang Subsidi tidak dibenarkan mengubah atau menukar rupa bentuk dan warna asal Logo Barang Subsidi tanpa kelulusan Pengawal Bekalan;
- Penandaan Logo Barang Subsidi ini tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan. Pihak Kementerian berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pelanggaran bagi mana-mana syarat yang telah ditetapkan kepada individu atau syarikat yang diberi kelulusan; dan
- Sentiasa mengamalkan perniagaan secara berintegriti dan beretika sepanjang pemakaian Logo Barang Subsidi di produk/ premis/ lokasi dan lain-lain bahan cetakan berkaitan.
https://drive.google.com/drive/folders/1hZpAEhetG88ystoh6jwQGKY2osoQW7xo
