- KETUA SETIAUSAHA
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEPENGGUNAAN DAN PENGURUSAN
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Pendahuluan
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (BKPK) komited dalam melaksanakan perkhidmatan yang profesional dan bertindak sebagai nadi penggerak serta khidmat sokongan dalam mencapai objektif Kementerian. BKPK mempunyai 89 orang termasuk pegawai dan kakitangan tetap dan terdiri daripada enam (6) Seksyen utama iaitu:
- Seksyen Pentadbiran Am
- Unit Pengurusan Am
- Unit Pengurusan Rekod
- Unit Pusat Sumber
- Unit Inovasi dan ISO
- Seksyen Perolehan
- Seksyen Pembangunan
- Unit Sewaan Ruang Pejabat
- Unit Projek Pembangunan
- Seksyen Perancangan Belanjawan
- Seksyen Kewangan
- Unit Emolumen dan Pembiayaan
- Unit Bayaran, Terimaan dan Aset
- Seksyen Fasiliti, Keselamatan Aset dan Stor
- Unit Fasiliti dan Keselamatan
- Unit Aset dan Stor
Objektif
Menyediakan sistem pentadbiran, kewangan, penyelenggaraan, keurusetiaan dan keselamatan organisasi yang berkesan bagi menyokong pelaksanaan strategi dan program selaras dengan misi Kementerian.
Fungsi
- Merancang dan mendayaupayakan semua aktiviti kualiti dan inovasi Kementerian.
- Merancang melaksana dan memantau urusan perolehan tender dan sebutharga Kementerian.
- Menyelaraskan urusan penerimaan, pembayaran dan emolumen kakitangan.
- Merancang memantau dan menyelaras semua projek-projek pembangunan dan peruntukkan perbelanjaan di bawah kuasa Kementerian.
- Merancang, melaksanakan dan memantau pengurusan belanjawan tahunan Kementerian.
- Memberi latihan dan nasihat mengenai pengurusan kewangan dan pentadbiran kepada kakitangan Kementerian.
- Menyelaraskan pengurusan aset dan stor Kementerian.
- Menguruskan perpustakaan Kementerian.
- Menyelaraskan penyewaan dan pengurusan ruang pejabat Kementerian.
- Menyelaraskan pengurusan rekod Kementerian.
- Menguruskan hal ehwal pentadbiran Kementerian.
- Menyelaras dan menguruskan perolehan dalam bidang bekalan dan Perkhidmatan Kementerian yang menggunakan kaedah perolehan seperti berikut:
- Tender
- Sebut Harga
- Pembelian Terus
- Pengurusan Kontrak
- Perlantikan Perunding
- Merekod dan mengemaskini data-data Pelantikan Perunding dari semasa ke semasa.
- Memantau urusan perolehan di Kementerian dilaksanakan secara cekap, berhemah, telus dan mematuhi tatacara kewangan dan prosedur perolehan semasa yang berkuatkuasa.
- Memberi latihan dan nasihat dalam pengurusan perolehan secara menyeluruh.
- Menyelaras semua program/projek pembangunan dan peruntukkan perbelanjaan di bawah bidang kuasa Kementerian.
- Memantau pelaksanaan program/projek pembangunan Kementerian berjalan lancar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
- Memastikan pengurusan berkenaan mengurus dan mengemaskini Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) dijalankan secara bulanan dan Menyelaras Penilaian Outcome Kementerian dan Aktiviti Penilaian Inspektorat.
