Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Bahagian Pembangunan Perniagaan

Pendahuluan

Bahagian Pembangunan Perniagaan (BPP) telah ditubuhkan pada 1 April 2002 bertujuan memartabatkan agenda Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui promosi barangan PMKS sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa dan mewujudkan amalan perniagaan yang beretika. Selain itu, BPP juga menyediakan latihan kepada PMKS dan memberi pengiktirafan kepada para peniaga yang terlibat di sektor perdagangan pengedaran.

Objektif

  1. Meningkat & memantapkan penyertaan PMKS tempatan dalam sektor perdagangan pengedaran.
  2. Membantu mewujudkan peluang-peluang pasaran produk PMKS di dalam dan luar negara.
  3. Memberi pengiktirafan kepada premis-premis perniagaan yang cemerlang dan beretika.
  4. Membantu mengurangkan dan menangani kos sara hidup rakyat.

Fungsi

SEKSYEN DASAR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

  1. Menyelaras maklum balas dan kertas kerja yang melibatkan dasar, KPI dan fungsi berkaitan Bahagian.
  2. Merangka pengukuhan semula program-program peruncitan seperti Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-Keep), Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Program Pemodenan Bengkel Automatif (ATOM).
  3. Menyelaras melibatkan Akta Royalti dan Hak Cipta Industri Muzik.

SEKSYEN LATIHAN DAN PADANAN PERNIAGAAN

  1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program padanan perniagaan melibatkan syarikat pengeluar produk tempatan bersama pihak pemain industri peruncitan.
  2. Menyelaras dan melaksanakan program latihan perniagaan menerusi kerjasama dengan pihak perunding latihan swasta dengan menumpukan kepada peningkatan pertumbuhan perniagaan di bawah bimbingan KPDN.
  3. Menyelaras pelaksanaan pembaharuan kolaborasi KPDN bersama GS1 Malaysia Berhad berhubung insentif pendaftaran barcode.
  4. Menyelaras produk tempatan yang berjaya menembusi pasaraya/hypermarket tempatan.

SEKSYEN PEMERKASAAN PRODUK TEMPATAN

  1. Menguruskan permohonan penandaan Logo Buatan Malaysia termasuk menyelaras lawatan/naziran ke kilang mengikut keperluan.
  2. Menyelaras dan melaksanakan Program-program Kempen dan promosi seperti Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) bagi membantu merancakkan ekonomi domestik dan menggalakkan penggunaan produk tempatan.
  3. Menyelaras sistem database pendaftaran usahawan PMKS di bawah bimbingan KPDN dan permohonan penandaan Logo Buatan Malaysia melalui portal KBBM iaitu buymalaysian.com.my.

SEKSYEN PROGRAM KHAS

  1. Menyelaras dan melaksanakan program-program dalam membantu mengurangkan kos sara hidup seperti Program Jualan RAHMAH.
  2. Sekretariat Induk bagi program pengiktirafan terhadap premis-premis perniagaan di seluruh negara yang menawarkan harga berpatutan (Anugerah Kedai Harga Patut – AKHP).