- KETUA SETIAUSAHA
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEPENGGUNAAN DAN PENGURUSAN
Bahagian Penguat Kuasa
Sejarah Penubuhan
Bahagian Penguat Kuasa ditubuhkan pada 17 April 1972 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dengan objektif untuk membantu kerajaan membendung inflasi pada masa itu. Pada 27 Oktober 1990, Kementerian ini distrukturkan semula untuk membentuk dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Bahagian Penguat Kuasa telah diletakkan di bawah KPDN yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Misi, Visi & Moto
MISI
Menguatkuasakan undang-undang untuk mewujudkan peniaga beretika dan melindungi pengguna.
VISI
Menjadi organisasi penguatkuasaan perdagangan domestik yang unggul.
MOTO
Setia Berkhidmat.
Teras Utama Tugas Penguatkuasaan
- Mengawal selia bekalan dan harga barang;
- Memberi perlindungan ke atas harta intelek;
- Melindungi hak-hak pengguna; dan
- Membanteras penyelewengan barang-barang kawalan dan bersubsidi.
Akta-akta yang dikuatkuasakan
- Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122)
- Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212)
- Akta Timbang dan Sukat 1972 (Akta 71)
- Akta Hak Cipta 1987 (Akta 322)
- Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 (Akta 500)
- Akta Pelindungan Pengguna 1999 (Akta 599)
- Akta Cakera Optik 2000 (Akta 606)
- Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723)
- Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 370)
- Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815)
- Akta Petunjuk Geografi 2022 (Akta 836)
- Akta Paten 1983 (Akta 291)
- Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613)
Fungsi Bahagian Penguat Kuasa
- Menangani isu-isu kenaikan harga dan membendung kegiatan manipulasi harga dalam Negara melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 di setiap peringkat perniagaan.
- Melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang ingin mengambil kesempatan menjual harga barang terkawal melebihi harga yang telah ditetapkan semasa musim perayaan.
- Membanteras ketirisan barangan kawalan bersubsidi serta menstabilkan bekalan barang-barang perlu supaya mudah diperolehi di pasaran di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
- Menyiasat aduan pengguna di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan bagi memastikan persekitaran perniagaan yang sihat dan beretika. Membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika bagi melindungi pengguna daripada dieksploitasi oleh peniaga di bawah Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 termasuk aktiviti jualan murah, jualan pintu ke pintu, perjanjian sewa beli, penentusahan alat timbang dan sukat serta penggunaan perbahasaan halal.
- Mengeluarkan permit barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tujuan pengedaran barang kawalan.
- Melindungi hak harta intelek di bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Hak Cipta 1987, Akta Petunjuk Geografi 2022 dan Akta Paten 1983 bagi perlindungan hak eksklusif pemilikan harta intelek di Malaysia atau antarabangsa bagi karya-karya yang layak mendapat perlindungan hak cipta termasuk karya sastera, filem, muzik, bunyi, seni, jenama, tanda dagangan, petunjuk geografi dan pemunya paten.
- Menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
- Mengawal selia aktiviti pelesenan dan pengilangan cakera optik di bawah Akta Cakera Optik 2000.
Etika Kerja
- Profesional
- Komited
- Integriti
- Adil
- Unggul
- Amanah
- Setia
