- KETUA SETIAUSAHA
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEPENGGUNAAN DAN PENGURUSAN
Bahagian Akaun
Latar Belakang
Bahagian Akaun (BA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada Disember 2013 dengan jumlah perjawatan seramai 20 orang. Struktur organisasi BA terdiri daripada empat (4) seksyen utama iaitu Perakaunan Pengurusan, Perakaunan Kewangan, Perundingan & Pemantauan dan Pentadbiran & Kewangan.
Objektif
Memastikan penyampaian perkhidmatan perakaunan dan kewangan yang cekap dan berkesan.
Fungsi
- Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Melaksanakan Pengurusan Perakaunan dan Kewangan Kementerian dengan teratur dan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
- Menyedia dan menganalisis maklumat kewangan dan bukan kewangan bagi membantu Kementerian dalam membuat keputusan yang berkesan.
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan yang berkualiti dan berkesan kepada pemegang taruh.
