Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan

Pendahuluan

Sekretariat ini ditubuhkan pada 1 Januari 2020 hasil penstrukturan semula organisasi bertujuan untuk mengawalselia pembangunan industri-industri berikut:

  1. Penyertaan asing yang terlibat dalam perkhidmatan perdagangan dan pengedaran di Malaysia;
  2. Aktiviti timbang dan sukat, cakera optik dan pemilikan semula barangan;
  3. Perkhidmatan yang tidak dikawalselia;
  4. E-Dagang; dan
  5. Sekretariat Program Food Bank Malaysia.

Visi & Misi

Visi

Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi.

Misi

  1. Menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan;
  2. Ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif; dan
  3. Membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna.

Objektif

  1. Menggalakkan pembangunan perdagangan pengedaran;
  2. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan industri berkaitan aktiviti timbang dan sukat, cakera optik dan pemilikan semula barangan; dan
  3. Menggalakkan pembangunan industri perkhidmatan tidak dikawalselia dan perdagangan elektronik (e-commerce) yang seimbang dan kompetitif.

Fungsi

  1. Membangun, menggubal dasar dan menggalakkan pertumbuhan sektor perdagangan pengedaran dalam negara yang berdaya saing;
  2. Memastikan pertumbuhan dan pembangunan sektor borong dan runcit yang mampan;
  3. Mengawal selia penyertaan asing yang terlibat dalam perkhidmatan perdagangan dan pengedaran di Malaysia;
  4. Mengawal selia penggajian pekerja asing di bawah sektor perkhidmatan;
  5. Mengawal selia aktiviti timbang dan sukat, cakera optik dan pemilikan semula barangan.